Satu2nya persian di teratak tentunya ShirO 'de young hero'....dalam hati berbelah bahagi, bukan risaukan ShirO nanti x cantik tapi risau akan prosedur bercukur haiwan yang akan dibius terlebih dahulu...(ini adalah kali kedua, pertama kali dibius semasa dimandulkan). Walaupun di bawah kepakaran doktor tapi kadang2 perkara yang tidak diduga x dapat kita jangka.
Alhamdulillah bila doktor talipon barulah admin boleh menarik nafas lega...sedih juga apabila melihat rupa ShirO dalam pengaruh ubat bius ( huyung hayang bila berjalan keluar dari carrier ).Selepas berehat semalaman ShirO kini lebih agresif dan manja seperti biasa.
Kini admin hanya menghitung hari menunggu 4bulan mendatang melihat ShirO kembali seperti sediaada.
Menjelang *Aidil Adha (raya haji/raya korban) ini kami sekeluarga mengucapkan ..." selamat melakukan ibadah kOrban "...dan pada yang ada ahli keluarga mereka sedang menunaikan HAJI....dOakan kesejahteraan mereka dan berdOalah semoga kita juga nanti akan dijemput ke sana.....InsyAllah.
*fb share