My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
Showing posts with label NNPC. Show all posts
Showing posts with label NNPC. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Pembantu Am

Dah lama rasanya tak update....dengan masalah kesihatan dan kengkangan masa, sempat juga arini nak mencelah dengan beberapa candid yg berlaku di NN Prospek beberapa hari lepas ketika sedang berkemas2 dan menyusun minuman di kedai...bersama 'Pembantu Am sambilan' si SHIRO.

Selepas ni kalau ada yang sudi nak ambil Shiro untuk kerja2 part time bolehlah hubungi kami di mana2 nombor yang masih dipakai...huhu....:)




......sedang gigih membantu....(yg adO)aptb!!!

Thursday, 28 February 2013

Peralihan Kuasa

Beberapa hari ni tak berapa sihat....bukan setakat suara jer tak keluar (kalau keluar pun garau macam perempuan jadi2an) ditambah demam selsema yang membuatkan 'PC tua' ni bertambah lemah....kosong tiada pengisian dan kadang kala 'hang' untuk beberapa ketika.....

Memandangkan sana sini pun sudah kelihatan berkibar2 bendera parti, menjangkakan kemungkinan PRU sudah hampir tak ketinggalan juga ShirO yang bercita2  duduk di kerusi idaman niii.....

tampa perlu undian mahupun pergubaran parlimen....sebabnya......

sila jumpa 'Tokey BesOr' niii bila ke NNPC

ShirO belum daftar undi......

hehehehhh....................

Nota kaki : Bagi mukalah kat dia jadi tokey sementara tak sihat niii....

Friday, 8 February 2013

Pembantu Setia

Semua sudah tahu ShirO pembantu setia di kedai ibu....bantu dari segi apalah agaknya ya? Sesampai2 jer yang di kejar tentulah 'kibbles' yang sediada di belakang kedai, apa2 isi pewut dulu kay.... manakala tempat landing yang paling disukai tentunya di tepi koridor masuk, sebabnya ShirO boleh lihat orang lalu lalang .... mana tau kan ada yang sudi menegur sambil puji2 ShirO chumel....perasankan ...  tapi ibu tak galakkan sangat, sebab bimbang customer masuk terpijak ( ingat alas kaki) atau kebarangkalian terlepas pandang tu ada ( tak pasal2 kena kidnap lak) dan paling2 tak boleh terima ShirO ke kedai 4D jual nombor yang berhampiran,selang sepintu jer (sebab dah pernah sekali ShirO buat hal masa baru2 ikut dulu)....naya2 kalau masa pergi ambil ShirO nasib tak baik JAIP pulak buat serbuan....tak pasal2 nanti dapat publisiti free.....(aiyoyo....can't imagine...ngeri3).

Mungkin aritu ShirO pergi intai2 nak spy tengok ramai tak bangsa kita pergi beli nombor....memang ramai pun ....boring juga kan kalau hari2 asyik buat keje yang sama dalam kedai....syhhhh.....

Nak tahu apa yang ShirO buat di kedai??? Nak baiki handphone memanglah tak pandai, nak jual topup pun tak boleh sebab guna sistem online, jadi ini sahajalah yang termampu ShirO buat selain dari tidur dan makan.

1. Kira Stok (pandai kira sampai 10 jer)

2. Khidmat Pelanggan ( inche nk handphone cap ape? )

3. SpngebOb ( apa pun tak boleh )

Wednesday, 6 February 2013

Dairi ShirO

Hari ni nak kongsi dengan kekawan ShirO bagaimana rutin harian ShirO supaya senang nanti kalau nak dating.

Sebabnya hanya ShirO jer yang daddy/ibu/kakak/abang suka bawa naik kereta.....JANGAN salah anggap pulak....bukannya pilih kasih tau... sebab dua abang kita tu (Opec dan aBun) dah pandai jaga diri,kalau terlepas luar rumah pandai cari secret door nak masuk atau paling2 boleh setia melepak kat garaj tunggu sesiapa balik dulu untuk masuk semula.

Ibu cakap, kalau ShirO yang terlepas alamat byebye laa jawabnya ....mungkin sebab ShirO ni under age kowt tapi risik2 ibu kata sebab ShirO ni gebus sangat ...ramai yang berminat samada kanak2 riang,orang2 separuh dewasa mahupun penyangak atau penyamun.

Lagipun kitakan bongsu (kunun2) tentu daddy/ibu/kakak/abang sayang kita lebih..lebih..lebihhh!!!


ShirO pun suka ikut, dapat tolong ibu  jaga kedai dari buka sampai 11malam....bila ada customer, ShirO boleh tayang2 muka chumel....dah ramai customer ibu yang snap3 picca kita, kadang2 siap pose sama2...tapi ada masa kita tak suka sebab ada tu yang tak pandai pegang kita....ada sekali tu terjatuh macam buah nangka busuk ....gedebuk!!!Baik kita lepak kat belakang lagi syok....lapar terus boleh makan dari bekas makanan yang sentiasa siap di refill....Ini namanya 'tuah ayam nampak di kaki, tuah ShirO nampak di .......????

Tapi pada hari2 yang sibuk, Shiro tetap kena tinggal rumah juga sebab ibu tak nak ShirO lama2 dalam kereta....lagipin kita tak tahan juga kalau lama2 duduk dalam kete...dan bila di tinggalkan mesti salah sorang akan balik awal sebab nak 'sport check' ShirO okay ke tak....sebab diorang sayang ShirO banyak3....yeehaaa!!!!

Tuesday, 5 February 2013

Shiro Oh Shiro (Part 1)

Susulan update semalam, inilah respon ShirO.

Apa agaknye yang ShirO nak buat ni ....????


Kalau abang Long Opec masih nak majuk kita pun nak majuk juga.....tengok ni kita dah packing2 nak ikut kakak....nanti hari2 kakak bawa panjat bukit perlindung barulah shirO bac to shape......(^v^) baru abang Opec kagum dan nak main dengan kita....asyik cakap kita si demOk bulu banyak.....di kedai ibu pun ada sorang tu asyik kata kita besar macam kambing...!!!


Nota kaki : Masalahnya baru jogging sikit dah terjelir sampai camni.....

Wednesday, 19 December 2012

Shiro CEO NNPC Merangkap Tauke Air Minuman

Betapa setianya Shiro menjaga Air Minuman ni.. Heeeeee

"Mana customer ni?"- "Ngantuknyehhhhh"- "zzZZzzzzz"

"Per?! Jangan kacaulah! Kita nak tidur ni! Aummmm!"

Penat3!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...