My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Monday 25 March 2013

Lena Ku

Menoleh sekejab kebelakang....di hari yang panjang dan merimaskan ini....terubat juga bila melihat picca comel beberapa hari lepas sebelum keluar ke tempat kerja.

Dalam cuaca panas sebegini ikutkan malam pun boleh berpeluh...tentu saja menganggu lena...tapi bagaimana pula dengan si Chenta Hati di teratak??? Jom ....jengah sekejab.....


Ini abang Long 'Opec'....yang sangat suka pada privacy...jadi jangan cuba ganggu , pasti dapat 1 penampar berbulu.... Lokasi lenanya semestinya di tempat2 yang sukar di temui... dalam laci, almari pakaian mahupun tempat2 yang tinggi2 seperti di atas kabinet..


Ini pula abun@BaBun (nama baru).....dengan gaya 18xxl di tempat2 terbuka...kalau tak di ruang tamu, atas kerusi atau di mana saja yang sempat...buruk bebenOr perangai si gemOk sekor niii....tapi lucu dan menghiburkan.

Inilah mereka....pada hujung minggu yang baru sahaja berlalu....apelah agaknya yang dimimpikan di siang2 hari ni...bebas dari gangguan adik bongsu yang siapa lagi kalau bukan si nakal ShirO....sedang yang lain tidur yang sekor ni pulak tak pandai nak tidur...kehulu kehilir sibuk nak ajak main....jadi akhirnya seperti biasa bila agak2 hari tak sibuk maka bolehlah ShirO ikut.....

Tapi bila di kedai....begini pula jadinya....


Bosan agaknya bila tak ada sesiapa ShirO nak kacau....ibu pun tak nak main dengan kita jadi lebih baik tidur....

*Indah sungguh lena ku....kalau tak terkejut dengan suara bising2 customer ibu tadi.

Saturday 23 March 2013

ShirO Keliru

Sebenarnya apa yang nak di ceritakan hari ini telah berlaku beberapa hari lepas...memandangkan line intenet yang sering timbul tenggelam kebelakangan ini (ramai di luar sana juga merungut) jadi ianya boleh juga dijadikan penyebab update agak lewat dan kadang2 dah sejuk (macam goreng pisang lak).

Memandangkan hari ini Sabtu...hujung minggu untuk Pahang yang berkebetulan pula permulaan cuti penggal persekolahan, maka update arini pun agak ringkas dan santai....tapi semestinya ada picca cute!!!

ShirO nampak butang baju dad macam pil vitamin Brewers Yeast .

bertungkus lumus Shiro gigit tapi x dapat juga (bimbang juga kalau tertanggal dan tertelan)


muka sedih sebab xdapat....tapi sebagai memujuk ibu ada beli *choki2  ni untuk Shiro....nampaknye selepas ini kena hati2 dengan baju2 yang ada  button khususnya yang berwarna putih...button hilang xde hal tapi risau kalau ShirO telan....!!!Jadi amaran pada penghuni2 Teratak5525 hati2 dan jangan biarkan pakaian yang tidak dilipat mahupun yang belum di basuh bersepah2 ataupun mudah di capai ...(elok jangan pakai butang putih atau tukar pada warna lain) huhuhu.....

'Vitakraft Cat-Stick' tapi macam sesuai jew dipanggil *choki2 (versi kucing).

Thursday 21 March 2013

Abang Long in action

Cuba dengan lajunya nak update perangai yang sekor ni siang tadi  sepanjang ketiadaan ibu dan bOs besar....berkemungkinan kebiasaannya mereka2 ni akan tinggal bersendirian sehingga malam, sampai semua pulang ataupun hanya ditemani abang kentang (uppps! abang katang) tapi hari ini ada kakak....apa lagi, masa ni lah nak tunjuk kehebatan *abang Long niii (fren mael lambong)...huruhara umah....berlari sakan kedepan kebelakang sambil bebel2 (copyright mengikut aduan si *pengadu) huhuhu..

Ini antara picca yang sempat kakak rakam .......
Beberapa keping lagi picca terpaksa kami simpan sebagai bahan bukti di masa akan datang.....:)

agaknya Opec dah lama idam nak masuk dalam*sleeping bag niii....

best juga yer...... 

habis tunggang langgang dikerjakan.....

kan dah kena marah......baru pandai diam.

Tuesday 19 March 2013

Panggil Beg ke ?

Lanjutan dari sebelum ni...selain shopping t-shirt cun sebenarnya ibu ada belikan sesuatu yg agak penting dan memang dah lama cari sebuah bekas yang boleh isi ShirO semasa di dalam kereta untuk di bawa ke kedai ataupun klinik....selain dari *carrier/case yg sudah sediaada (besar sangat)....ianya untuk mengelakkan bulu ShirO lekat pada seat kereta.....


Hari ini hari pertama percubaan bagi ShirO duduk dalam benda *alah ni ....sepanjang jalan mulut xpandai diam dan asyik cuba menggaru2 sebab nak keluar.....jangan harap nak keluar sebab kereta baru jer ayah hantar cuci....puas budak cuci tu nak sedut bulu(s) kamu ShirO.


Keputusaannya....???Shiro x suka dan bekas ini juga tidak sesuai....ianya hanya boleh di jadikan 'sleeping bag' dan tempat ShirO main nyorok2 dengan abang2nya Opec dan aBun....siap boleh *sambar kaki ibu bila lalu....(terkanjat mujur xterlentang, mau retak lantai kalau jatuh tadi) ishhh3....!!!

Mulai esok ibu kasi ShirO cuti satu minggu duduk rumah....ayah dah mula busy uruskan keje dan ibu pulak dah malas vacume carpet kedai...wakaka!!!! Nanti bila ibu jumpa dan beli bekas baru, ShirO boleh ikut pergi kedai semula temankan ibu..

Sunday 17 March 2013

Acara Amal

Haiiiii....

Bagaimana dengan hujung minggu anda???

Selepas banyak perkara berlaku sepanjang minggu lepas (di sini kita share yang manis2 jer k), hari ini seperti yang dinanti2kan program amal anjuran KARE's (Kuantan Animal Rescue & Education) yang berlangsung di UCSA (University College Shahputra)....bertujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih menyayangi haiwan khasnya kucing.

Dengan harga tiket RM20 untuk dewasa (makan secara buffet disediakan), ianya agak berbaloi memandangkan ianya sebuah badan amal untuk kebajikan haiwan2 terbiar yang memerlukan penjagaan dan rawatan.Semoga di masa2 akan datang lebih ramai lagi yang akan menyertai dan memberi sokongan program2 seperti ini.


Antara acara2 yang dijalankan adalah pertandingan kucing berbagai kategori, booth2 jualan, cabutan bertuah yang turut dihadiri oleh beberapa doktor vaterinar dan pengusaha2 pusat perawatan yang terdapat di daerah Kuantan.

Epinya dapat tengok muka2 si Comel yang masuk pertandingan, ada yang muka selamba, muka benggang, muka sedih dan ada yang langsung xheran pada kelompok orangramai yang hadir...(sayangnya Opec/ aBun @ ShirO xdapat ikut serta).

antara*booth yg terdapat di*event 

Case yang disediakan penganjur untuk acara pertandingan

meOwwww..........tomeykan.......

Sebelum pulang tadi sempat juga capai  'T Shirt' bermotifkan kucing niii...selain dari harga yang berpatutan ianya sebagai pemangkin pada anak2muda melayu kita yang baru nak belajar berniaga...rasanya mereka akan lebih berjaya....Insyallah :)

bersambung.....

Monday 11 March 2013

Yang Tidak Mengerti Tapi Memahami

Hampir 2/3 masa yang ada dihabiskan dengan bekerja (kunun2nya)...dan bila pulang ke rumah yang tiada berpenghuni di siang hari itu akan disambut oleh ketiga2 'chenta hati' niii...macam2 perangai yang kadang2 terfikir juga masa ketiadaan kami semua apalah agaknya yang di buat...

Menjengah saja kami semua di pintu rumah berbagai2 aksi yang membuatkan terlupa keletihan sepanjang hari tadi......


Dua ekor ni mesti nak tunjuk 'skil ' bergolek2 sambil tayang perut gendut (aBun) dan buat muka chumel (Opec).

Mana si ShirO????



Itu dia......kesian....abang2 tak kasi join....budak kecik main jauh2....!!!!

Hari2 akan menjadi 'sunyi' tampa kehadiran mereka....kerana ketiga2nya tidak mengerti tapi seolah2 memahami....dan malam ini bila pulang nanti cuba teka apa yang kami semua belikan......


Ini dia.........makanan kegemaran Opec, aBun dan ShirO. .....yummy!!!

Tuesday 5 March 2013

Pembantu Am

Dah lama rasanya tak update....dengan masalah kesihatan dan kengkangan masa, sempat juga arini nak mencelah dengan beberapa candid yg berlaku di NN Prospek beberapa hari lepas ketika sedang berkemas2 dan menyusun minuman di kedai...bersama 'Pembantu Am sambilan' si SHIRO.

Selepas ni kalau ada yang sudi nak ambil Shiro untuk kerja2 part time bolehlah hubungi kami di mana2 nombor yang masih dipakai...huhu....:)




......sedang gigih membantu....(yg adO)aptb!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...