My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Saturday 12 October 2013

ShirO New Look

Untuk pertama kalinya ShirO ke klinik veterinar untuk *grooming...selalunya kalau groom mestilaa nak nampak cantik tapi ShirO groom sebab nak buang kekusutan pada bulunya yang tebal tuu...Inilah akibat bila susah sangat nak *comb walaupun dah dibiasakan sejak kecil lagi...kes sikat tersangkut pada rambut nii bukan kucing ataupun budak2 jer yang trauma ...tapi kalau kena kita yang *kertu ni pun mau menyeringgai antara sakit dan marah...(mana ada orang senyum gembira bila rambut kena sentap, kalau senyum tuu kebarangkalian skru longgar mesti ada).

Berbalik pada kisah ShirO yang paginya ceria bukan main seperti biasa bila mahu naik kereta ( dah terbiasa bawa jalan), masukkan ke dalam carrier besar yang memang dah ada tanda nama nya terus ke klinik...(dah kali keberapa sebab sentiasa hati berbelah bahagi )...sampai ke klinik, jumpa Doc. Lean (sudah diberitahu terlebih awal semasa bawa  Lola tempohari). Memandangkan hari ni jatuh hari Jumaat dan proses *grooming agak mengambil masa maka terpaksalaa ShirO kami tinggalkan dan sebelum beredar adalah Doc memberitahu kami bulu ShirO akan dicukur kecuali kepala.

Rupa sehari sebelum  :-

ShirO : Ayah kita cakap rupa kita dah macam *Hulk hOgan tapi rasanya kita hensem banyak.

Taraaaa....!!!!!
 tang ekOr tu yang mahal....!!!! (JANGAN nak gelak2 kat kita yer)


ShirO : kita nak gunting ala2 K-POP ...ni dah macam ayam togel jer...!!!huk3!!!!ibu.....!!!!
Ibu     : lain kali jangan malas comb bulu...nanti kena cukur lagi...dan satu lagi pesan Doc. Lean, ShirO sepatutnya mula DIET (berat 6.5kg)...demi kebaikan kesihatan....kurangkan makan tu dan lebihkan bersenam.

Nota kaki : Doc promise me 4 bulan dari sekarang ShirO akan kembali seperti sebelum (lama tuuu....huk3)...tapi yang penting kami semua masih SAYANG ShirO banyak3.

1 comment:

  1. tu la shiro. badan dah macam tong drum, mestilah kena diet. Ni ayam togel gemuk ni hahaha

    ReplyDelete

Thank You in advanced for dropping up your comment here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...