My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Menjelangnya Syawal

Tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan menyambut Aidil Fitri yang mulia meninggalkan Ramadhan bulan pahala berganda....

SYAWAL ini mungkin tidak sama dengan syawal yg lepas2...ada yang kehilangan orang2 yang dikasihi...kerana HIDUP lawannya MATI....cuma macamana kematian itu sahaja yang tidak kita ketahui....
Dibandingkan ujian yang kita lalui di sini tidaklah sebesar mana (masih ramai juga orang yang xpuasa kononnya cuaca panas / jerebu) dibandingkan saudara2 kita yang dihujani peluru dan bom di bumi Palestine dan kini Mesir juga sedang bergolak.

Sedang anak2 kita seronok bergaya dengan pakaian baru, duit raya , makan semau mungkin dan bermain bunga api...di suatu perlusuk dunia pula anak2 yang tidak berdosa menanggis kehausan susu, kelaparan , sakit dan ketakutan.

Beruntungnya kita diberi UJIAN yang sedikit, sekadar kekurangan yang xseberapa....berSYUKURlah kehadrat ILAHI keatas segala ANUGERAH ini.

BerSEDERHANAlah dalam segalanya....kerana kita hanya umat yang kerdil...tidak mampu berJIHAD seperti mereka di sana....yang termampu hanya DOA untuk kesejahteraan seluruh umat islam hari ini yang bagaikan buih2 di lautan.

***keratan akbar yang mengambarkan umat islam di Palestin.

Sebelum Ramadhan pergi...ingin kami (admin) memohon keMAAFan sekiranya terdapat silap dan salah dalam mengatur ayat di Blog MeOw kesayangan ini.

Pada yang akan balik kampung tu , eloklah di hantar anak bulus ke *pet center atau mungkin cari orang yang boleh jaga dan pastinya suka pada meOw...manakala admin pula lebih selesa biarkan sahaja ketiga2 anak bulus di dalam umah, letak air dalam baldi kecil di beberapa penjuru, makanan dalam bekas2 yang agak2 cukup sepanjang ketiadaan dan (dah makan) wajib laa ada pasir kumuhan yg juga kena extras...walaupun dalam hati ni masih risau pada yang paling bongsu ShirO...sebab long hair/persian ni cerewet sikit....beginila perasaan setiap kali kena tinggalkan *mereka.

Kami tinggalkan malam ke 27 ini dengan ucapan.....SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Sunday, 7 July 2013

Selamat Datang Ramadhan.

Salam rindu dari kami sekeluarga dan semestinya anak2 bulus jagaan kami Opec, aBun dan shirO. Ingat lagi tak dialog minggu lepas?

Opec : Mummy Iz jangan lupa tau anta *mam kita pagi niii....sian si aBun cit tuu, angkat kaki pun xlarat.... aBun : kita dah la belum makan...*biri2 ni asyik nk ajak main...
ShirO : ibu cakap kalau main boleh lupa makan...lagipun kan ibu daa cakap...makanan eeeiLEK!!!
IBU : LATIHAN BERPUASA....X LAMA LAGI BULAN PUASA...X PUASA X BOLEH RAYA...!!!!


Tentu masing2 dah xsabar2 dan merindui bulan yg penuh keberkahan Ramadhan AlMubarak.

Pada yg punya anak2 tentu dah terbiasa dengan dialog di atas....dan semestinya saya juga menggunakan pendekatan di atas ketika melatih kedua *bintang hati ku beberapa dekad dahulu (perhhh!!!mesti sgt tua niii...) dan alhamdulillah keduanya tidak menghadapi masalah sangat dalam melakukan ibadah puasa ni...kerana ketika zaman kanak2 kalau diperhatikan sama sahaja dengan xtiviti harian *si bulus....main (indoor) dan tidur (khususnya bila dah petang dan tak larat).

Dan sebagai pemangkin semangat untuk rajin berpuasa tentulah upah.....tp upahnya mudah jew, memadai ' si ayah' bawa ke gerai2 yang menjual juadah berbuka... atau dengan kata mudah, masak ajelah apa yang anak2 kita suka....( xtermasuk menu baru yang xmenjadi) ....dan bila dah rajin berpuasa tentulaa ada baju baru dan duit raya.... maka tentu masing2 masih ingat 'ibuayah' selalu ucapkan ....siapa ya X PUASA , X BOLEH RAYA....!!!!

Hari ini , dalam kedewasaan...puasa bukan lagi halangan, puasa bukan lagi bermain, tidur atau upah...tapi IBADAH... berpuasa bukan lagi sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sekadar berbuka dengan hidangan penuh di meja....tapi ianya semestinya penuh dengan pengisian, walaupun xsesempurna mana, namun diharap terbaik dari yang sudah2.

Ramadhan yang dirindu....

Kian menghampiri untuk kesekian kali nya....

Memberi pahala yang melimpah ruah....

BerTUAHnya kita diberi kesempatan ini sekali lagi....berpuasa, bersedekah, berterawih, Qiammulail dsb....



Di kesempatan ini...kami sekeluarga menghulur jari sepuluh memohon ampun dan maaf (xperlu tunggu raya k), pada seluruh rakan taulan, sedara mara dan keluarga....agar kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sebaik2 mungkin...Insyallah.

Tuesday, 29 January 2013

Selamat Harijadi Opec

Di atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan maka terlewat laa sehari nak update birthday Opec yg baru 24 jam berlalu.....lagi pun semalam  balik lewat di tambah2 hampa tak dapat makan lempeng kelapa...huhu...

Apa2pun yang penting kami ada  beli collar baru untuk harijadi Opec yang ke 3 nii... semoga Opec sihat dan  sentiasa berada di sisi kami sekeluarga di hari2 mendatang baik suka mahupun duka.



 Opec dengan collar baru warna merah beserta loket bentuk kucing (tp xkelihatan)...susah betul nk snap picca sebab Opec nii bila pose memang selalu over....guling2 sambil buat muka chumel.....

Nota kaki kucing : Kami semua sayang Opec banyak2.....!!!! 

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul untuk seluruh warga islam di seluruh pelusuk alam......

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.

"Kalau Tahun Baru dan Hari Merdeka kita boleh sambut dengan meriah dan berhibur sampai lewat malam, jangan pulak kita tak boleh sambut hari keputeraan Nabi kita dgn berselawat sebanyak mungkin...Mudah dan tak susah....Semoga kita menjadi umat yang menyayangi dan disayangi Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah. Amin."


Esok, 24 Januari bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H, kaum Muslim di seluruh dunia akan mengingati satu peristiwa penting anugerah Allah kepada seluruh manusia, iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di negara kita pada tahun ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Al-Quran menyatakan bahawa kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam tahun Gajah atau menurut ulamak dan sejarawan Islam pada 12 Rabiul Awal.

Wednesday, 2 January 2013

2013

2013 menjengah maka seperti lazimnya 2012 pun berlalu pergi....tidak boleh lagi berundur walaupun sedetik....tidak boleh dibeli mahupun dijampi.....yang mampu tertinggal, hanya kenangan yang mungkin dapat di ingat  sebelum LUPA datang.

Jadi pada semua SELAMAT berada di TAHUN yang BARU -  2013 (tahun silih berganti jadi berbuat baik lah sebanyak mungkin ketika masih berkesempatan niii...)


........dan pada si *chenta hati Opec, aBuncit dan ShirO...agak2nya 2013 ni keluarga kita akan ada pertambahan penduduk tak? hmmmm..........kita tungguuuuu dan lihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...