My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
Showing posts with label Teratak 5525. Show all posts
Showing posts with label Teratak 5525. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

ShirO Biri-Biri....???

Dari tajuk hari ni ...rasa2 boleh agak tak apa yang ingin admin nak story ....???

Fokus utama tentu si bongsu ShirO....sebab dari awal menyertai kuarga di Teratak , sememangnya tak diterima oleh *rakyat sekaum... dan yg paling obses penghuni yg paling tua Opec....mula2 ingat hanya sementara sahaja...mungkin sebulan, dua bulan atau paling lama pun tiga bulan...tapi nampaknya dah bertahun... (ShirO dah 1y5m) tapi penerimaan masih juga dingin...kecuali aBun yang agak neutral....tak kisah sangat, asal perut kenyang dan dapat tido.

Kesian dia....kenapa yer??? Mungkinkah kerana fizikalnya.... ???


Untuk menenangkan keadaan ada masanya kami bawa ShirO ke tempat kerja...sekurang2nya ada geng...tapi kalau sibuk ShirO terpaksa juga hadap abang2 senior di umah.


Suatu malam di taman perumahan.

****

ShirO : Meh la kawan dgn kita ...
Anak mbek : Mekkkk (kambing Tganu) cer tengok natang apa nii...!!!!
Ibu Mbek : hukOlOh mung ni....anok biri2 sepupu mung laa....!!!!

Tak apalah ShirO... kini ramai yang sayang ShirO....

SemOga *sayang itu berkekalan... tidak mengira waktu....

Hanya ketika sihat dan cantik dan berubah ketika sudah dimamah usia....

Kerana lumrah alamnya sebegitu.

Tuesday, 2 April 2013

ShirO jadi Jururawat

Beberapa hari ni ShirO dah tak jadi pembantu kanan ibu di kedai....kena tinggal umah supaya boleh  temankan  kakak yang baru keluar wad....senang cakap ShirO sekarang dah jadi misi...!!!jururawat laa konon2nye....Shiro kan pandai kejutkan kakak supaya bangun makan ubat.

Antara bertiga, ShirO jer yang tak pandai nak tido...ke hulu ke hilir dalam umah manakala yang dua lagi tu....abang Opec dan baBun lebih selesa membuta di tempat2 *ekslusif (jauh dari gangguan ShirO) agar tidak di ganggu....kesian dia kalau kakak dan abang katang tido tak ade la kawan nak ajak main nyorok2 atau kejar2....

picca terbaru ShirO teman kakak golek2 depan tv.

pagi tadi kakak bagi kita rasa *mushroom soup....nyum3

Nanti bila kakak dah baik betul2 kenalah bawa ShirO naik *myV pusing2 dalam taman *blueHippO nii....

Thursday, 21 March 2013

Abang Long in action

Cuba dengan lajunya nak update perangai yang sekor ni siang tadi  sepanjang ketiadaan ibu dan bOs besar....berkemungkinan kebiasaannya mereka2 ni akan tinggal bersendirian sehingga malam, sampai semua pulang ataupun hanya ditemani abang kentang (uppps! abang katang) tapi hari ini ada kakak....apa lagi, masa ni lah nak tunjuk kehebatan *abang Long niii (fren mael lambong)...huruhara umah....berlari sakan kedepan kebelakang sambil bebel2 (copyright mengikut aduan si *pengadu) huhuhu..

Ini antara picca yang sempat kakak rakam .......
Beberapa keping lagi picca terpaksa kami simpan sebagai bahan bukti di masa akan datang.....:)

agaknya Opec dah lama idam nak masuk dalam*sleeping bag niii....

best juga yer...... 

habis tunggang langgang dikerjakan.....

kan dah kena marah......baru pandai diam.

Tuesday, 19 March 2013

Panggil Beg ke ?

Lanjutan dari sebelum ni...selain shopping t-shirt cun sebenarnya ibu ada belikan sesuatu yg agak penting dan memang dah lama cari sebuah bekas yang boleh isi ShirO semasa di dalam kereta untuk di bawa ke kedai ataupun klinik....selain dari *carrier/case yg sudah sediaada (besar sangat)....ianya untuk mengelakkan bulu ShirO lekat pada seat kereta.....


Hari ini hari pertama percubaan bagi ShirO duduk dalam benda *alah ni ....sepanjang jalan mulut xpandai diam dan asyik cuba menggaru2 sebab nak keluar.....jangan harap nak keluar sebab kereta baru jer ayah hantar cuci....puas budak cuci tu nak sedut bulu(s) kamu ShirO.


Keputusaannya....???Shiro x suka dan bekas ini juga tidak sesuai....ianya hanya boleh di jadikan 'sleeping bag' dan tempat ShirO main nyorok2 dengan abang2nya Opec dan aBun....siap boleh *sambar kaki ibu bila lalu....(terkanjat mujur xterlentang, mau retak lantai kalau jatuh tadi) ishhh3....!!!

Mulai esok ibu kasi ShirO cuti satu minggu duduk rumah....ayah dah mula busy uruskan keje dan ibu pulak dah malas vacume carpet kedai...wakaka!!!! Nanti bila ibu jumpa dan beli bekas baru, ShirO boleh ikut pergi kedai semula temankan ibu..

Monday, 11 March 2013

Yang Tidak Mengerti Tapi Memahami

Hampir 2/3 masa yang ada dihabiskan dengan bekerja (kunun2nya)...dan bila pulang ke rumah yang tiada berpenghuni di siang hari itu akan disambut oleh ketiga2 'chenta hati' niii...macam2 perangai yang kadang2 terfikir juga masa ketiadaan kami semua apalah agaknya yang di buat...

Menjengah saja kami semua di pintu rumah berbagai2 aksi yang membuatkan terlupa keletihan sepanjang hari tadi......


Dua ekor ni mesti nak tunjuk 'skil ' bergolek2 sambil tayang perut gendut (aBun) dan buat muka chumel (Opec).

Mana si ShirO????



Itu dia......kesian....abang2 tak kasi join....budak kecik main jauh2....!!!!

Hari2 akan menjadi 'sunyi' tampa kehadiran mereka....kerana ketiga2nya tidak mengerti tapi seolah2 memahami....dan malam ini bila pulang nanti cuba teka apa yang kami semua belikan......


Ini dia.........makanan kegemaran Opec, aBun dan ShirO. .....yummy!!!

Wednesday, 20 February 2013

Dari kerana Mata

Bak bait2 dalam lirik lagu dari kerana MATA.....begitu kuatnya kuasa MATA.

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata

Tahukah ....warna mata kucing ketika dilahirkan adalah sementara dan kebiasaannya berwarna biru...Ianya akan berubah selepas 3 ke 4 minggu kelahiran kepada warna yang diwarisi dari bakanya, memungkinkan 'si manja' akan bermata coklat seperti tembaga, oren/kuning, hijau atau setengah2nya akan terus biru yang selalunya dari keturunan 'Siamese & Himalaya' dan kadang2 juga pada kucing yang berbulu putih. (Mat saleh kan mata biru)... pernah juga  terbaca kucing yang bermata pink mahupun yang berlainan antara kiri dan kanan....(antara keajaiban ciptaanNYA segalanya mungkin)....jadi jangan pelik sangat bila 'si manja' rumah anda bermata merah...!!!!

Mata2 cantik ini akan mula berkelip2 kebiruan biasanya selepas 2 minggu kelahiran (dalam kata lain bila si kecil mula buka mata)....tentu akan tertunggu2 apa warna sebenar warna mata 'si manja' .....

.......dari MATA turun ke HATI.



Mata cantik 'Chenta Hati' kami di Teratak
Opec : Biru
aBun : Kuning
ShirO : Oren 

DAN............kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan MATA kesayangan kami ini .....

Nine : Kuning kehijauan

Friday, 15 February 2013

Rumah Kita

Dah lama juga blog ni tak update maklumla musim2 cuti ni mood nya ke laut....banyak yang perlu diselesaikan sebelum cuti bermula dan bila cuti nii ramai pula yang ambil kesempatan untuk mengadakan khenduri khendara...tak terkecuali keluarga di kampung.....

Bagi mereka bertiga ni bila kami semua bercuti, kebiasaannya Opec dan aBun akan di kurung dalam umah dengan stok makanan yang sudah tersedia manakala ShirO pula dihantar ke 'Cat Hotel'....tapi sekali ni ketiga2 mereka kami tinggalkan dalam rumah, ibu dah tak mahu lagi hantar ke 'Cat Hotel'...... sebabnya......kali terakhir ShirO tinggal di 'Cat Hotel' ShirO kena demam selsema yang agak teruk....perlu pulak di rawat dengan kos tambahan tapi (tak mahu lah komen lebih2). Prinsip ibu senang kalau ada rasa yang tak kena memadailah sekali sebab segala kemungkinan boleh juga berlaku di mana2, kena lihat kebaikan yang ada melebihi keburukan yang mungkin tak disengajakan. Mudahkan ???

Lagipun dengan kos semalaman sebanyak RM14 terkurung di bangunan batu tuu rasanya macam tak berbaloi...lebih baik lepaskan mereka dalam rumah dengan makanan, minuman serta  pasir  litter yang mencukupi sepanjang ketiadaan kami di rumah....tentu mereka bertiga lebih selesa dan gembira....tak gitu??? Tapi kalau melibatkan lebih dari 3hari terpaksalah hantar juga kerana bimbangkan kebajikan mereka....

Balik dari bercuti 'jalan2 cari pasal'....tentu rindu nak tengok muka2 chumel mereka bertiga kan...???
Haaa.....paling ketara si Opec yang suka buat muka protes....tak percaya ???Jom share.....

1.Opec : muka sedang protes siap jelir bila dipanggil...

2. ShirO : muka tak boleh terima hakikat kena tinggal...inilah akibat bila dimanjakan sangat.....huhu

DAN 

3. aBun : yang paling TRAGIS...dah macam mabuk kulat nampak tapi yang sebenarnya kekenyangan melampau sebab dia memang kaki makan....ntah2 dia jer yang pulun makan !!!

Tapi yang penting mereka selesa di rumah sendiri....main bersama, makan bersama (walaupun si demOk tu yang makan lebih) dan tidur di mana2 sahaja yang mereka suka....dalam erti kata lain 'rumahku syurga ku' walaupun rumah kita tak seindah mahligai.

Tuesday, 5 February 2013

Shiro Oh Shiro (Part 1)

Susulan update semalam, inilah respon ShirO.

Apa agaknye yang ShirO nak buat ni ....????


Kalau abang Long Opec masih nak majuk kita pun nak majuk juga.....tengok ni kita dah packing2 nak ikut kakak....nanti hari2 kakak bawa panjat bukit perlindung barulah shirO bac to shape......(^v^) baru abang Opec kagum dan nak main dengan kita....asyik cakap kita si demOk bulu banyak.....di kedai ibu pun ada sorang tu asyik kata kita besar macam kambing...!!!


Nota kaki : Masalahnya baru jogging sikit dah terjelir sampai camni.....

Monday, 4 February 2013

Sembunyi

Apa yang di maksudkan sembunyi? Membawa banyak pengertian tapi yang ingin di kongsi hari ni membawa maksud berselindung.

Kucing memang sangat bijak bersembunyi....kadang2 membuatkan kita panik bila ada masanya 'si chumel' ni    buat hal, merajuk atau tetiba sindrom 'anti sosial' mereka datang....(kadang2 berlaku bila ada kehadiran baru di kalangan mereka) Contoh : 'si chumel' yang sediada tidak dapat menerima kehadiran 'teman baru' itu.

Jadi itulah yang berlaku pada Opec si tampan kami.....kucing yang paling manja, hari ni lebih suka menyendiri....kalau dulu Opec lebih suka bermain2 dan tidur di mana saja yang di sukai namun sekarang seboleh2 Opec akan cuba meloloskan dirinya mencari tempat persembunyian yang jauh dari gangguan 'teman baru' tuu....

Nak tau di mana Opec bersembunyi???

Opec : Kita atas syiling laa....nyampah duk bawah, budak kecik bulu pelik tu asyik lanyak kita ajak main... Kita kan hensem ....apa barang main2 niii....


Tak apalah kalau dah tahu Opec ke mana menghilang.....rupanya di atas ni......kami dah tak risau lagi, bila  Opec lapar jangan lupa turun makan....

Kami semua sentiasa SAYANG Opec.....dulu, sekarang dan selamanya

Wednesday, 30 January 2013

Masa untuk bermain

Tahukah anda kucing amat suka suka bermain....samada kita sedar atau tidak kucing sering menganggap persekitarannya adalah tempat untuk bermain. Haiwan kecil seperti lipas, cicak, lalat, katak dan lain2nya sering di anggap sebagai teman sepermainannya...sebab kalau di perhatikan mereka jarang memakan haiwan2 tersebut walaupun kebiasaannya haiwan itu akan mati bila di jadikan alat permainan mereka.

Kucing juga sering di kaitkan dengan big cat iaitu harimau....dan kalau diperhatikan memang kucing suka memburu mangsa kecilnya...dan kadang2 agak malang bila si chumel ni tersilap memburu spesis yang memberhayakan mereka seperti lebah, katak atau haiwan2 yang beracun....tak pasal2 kena berkejar ke veterinar.

Jadi sebagai jalan selamat sekarang ni dah banyak barang2 mainan untuk si chumel, janji ada duit bolehlah di bawa balik ....dah serupa baby toys. Harga??? Boleh tahan jugalah.....Pada yang rajin tu mungkin boleh recycle apa yang ada seperti bulu ayam (feather duster),loceng,kotak dan apa saja yang si chumel suka.

Jom kita jenguk Teratak.....Opec, aBun dan shirO dengan mainan2 kegemaran mereka ...

Opec : Memadai dapat kotak limau CNY....ada limau extra tak...???

ShirO : kategori kitten jadi mainannya tentulah yang lebih childish...

aBun pula lebih suka aktiviti yang lebih lasak almaklumlah di atas faktor berat badan .... masuk body builder   boleh kowt....mana tau kan boleh ganti Mr.Asia ...

Vitamin Untuk Kami

Hari ni nak ajak jenguk si 'Chenta Hati' kami di Teratak .....dah hampir seminggu mereka bertiga ni diberi supplement niii....


Sesuai untuk kucing dan anjing.
Kebaikan brewer yeast:
~ Mengawal keguguran bulu.
~ Menjauhkan kutu.
~ Membekalkan tenaga supaya kucing/anjing anda sentiasa sihat dan aktif

1 tablet bagi setiap 4kg berat kucing, sekali sehari.
Gandakan dos jika kucing anda sedang bunting ataupun sedang menyusukan.


Semoga nanti si bulus ni akan lebih cantik dan lebat....

Daddy bagi laa shirO extra satu lagi vitamin tuu.....

hishhh....!!!!sopan sikit Bun....walaupun teratak ni tiada heroin..

Opec yang senantiasa maintain sopan di mana pun berada.

Tuesday, 29 January 2013

Selamat Harijadi Opec

Di atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan maka terlewat laa sehari nak update birthday Opec yg baru 24 jam berlalu.....lagi pun semalam  balik lewat di tambah2 hampa tak dapat makan lempeng kelapa...huhu...

Apa2pun yang penting kami ada  beli collar baru untuk harijadi Opec yang ke 3 nii... semoga Opec sihat dan  sentiasa berada di sisi kami sekeluarga di hari2 mendatang baik suka mahupun duka.



 Opec dengan collar baru warna merah beserta loket bentuk kucing (tp xkelihatan)...susah betul nk snap picca sebab Opec nii bila pose memang selalu over....guling2 sambil buat muka chumel.....

Nota kaki kucing : Kami semua sayang Opec banyak2.....!!!! 

Tuesday, 22 January 2013

Abang Besar

Dalam kehangatan pertarungan antara Pahang dan Trengganu malam ni di Stadium darul Makmur, mari kita jengah2 apa yang sedang dilakukan oleh Opec, aBun dan ShirO....

Opec : Tido lagi best sejuk2 niiii.....kau Bun tolong layan dak kecik tuu...!!!

aBun : Boring tul asyik kene layan dak kecik niii jer.....!!! (Abang Besar pandai order jer)

ShirO : Bang Bun salah channel nii....kte nak tengok Pahang lwn Nganu......mne tahu nampak abang Aiman kat sit penyokong....cepatlahhhh....!!!

Sunday, 20 January 2013

Kenali Opec

Dalam seminggu lagi  Opec akan menapak ke usia baru....3 tahun sudah dia bersama kami sekeluarga....agak2nya apa yang Opec mahukan pada ulangtahun kelahirannya nanti ???

Semenjak dua menjak ni abang Opec (yang paling tua) lebih suka menyendiri...dah tak suka bermain2 mcm masa kecik2 dulu....tak suka akan kehadiran orang asing (mesti kelam kabut lari ibarat orang nampak hantu)....pernah ada tetamu datang bertandang Opec lari sampai langgar pintu kaca sliding....(kesian pulak tengok).

Dan sekarang ini Opec ade beberapa tempat persembunyian....nak tahu di mana??? JOm kita intai2....!!!!

nampak kan....atas syiling rumah....masalahnya naik pandai, turun xpandai....mula2 dulu terpaksa panjat untuk bawa dia turun....sekarang dad letak tangga  untuk Opec belajar turun sendiri.

yang 2 ekor tu mesti x tau port baru niii......

macamana boleh langgar sliding nii sedangkan boleh dikatakan hari2 landing...dari sini senang nak tengok   ibu /dad/ kakak & abang badang balik....:)

Saturday, 19 January 2013

Aktiviti Semasa

Pagi ni tak seceria hari2 sebelumnya....mungkin sebab banyak perkara sedang berlaku di sekeliling.....ada suka dan ada dukanya.....(namapun kehidupan).

Apa2pun 3 'Chenta Hati' kami ni seperti biasa...tetap menceriakan... Tak percaya???JOm lihat apa yang mereka sedang lakukan.....

Waaa....ni mesti bangunan KLCC tuu....bila agaknya Pec nak sampai situ.....

Yang ini ShirO jer bole main....kita geng ngan abang aBun....tapi mne dia ??? 

malas laa.....aBun tunggu ibu balik....pewut Bun dah lapar niii...... 

Tuesday, 8 January 2013

Shiro dah sihat

Nak berkongsi sama wajah terkini si chenta hati Shiro yang dah baik demam....selepas puas nak beri makan ubat (expecially yang cecair) cukup susah ....sehingga bulunya pun dah berbau ubat ....!!!!

Malam ni kita nak ikut daddy gi tengok bOLO...bole tak?

X bole ke.....huhuhu....!!!!

Kemungkinan dalam masa terdekat ni nak bawa shirO for hair cut.....susah sangat nak comb dia...

Monday, 24 December 2012

Tinggalkan Chenta Hati

Ape perasaan anda semua tatkala meninggalkan *Cinta Hati kalian??? Jawabnya tentulah RINDU kan.....Itulah yg berlegar2 di benak ketika ini.....mujurlah di hOmestay ni ada memelihara kucing jadi agak terubat juga rindu di jiwa.....

Pada Opec Ibu nak pesan.....

Opec : JANGAN panjat tinggi2 pastu xpandai nk turun...

aBun : JANGAN abeskan makanan ...tinggalkan utk abg Pec juga....

Opec: JANGAN sedih sgt laa....di *cat hOtel tu kan ramai

Sunday, 23 December 2012

Cloudy Day

Huwlaaa! Happy Sunday! 

Cuaca di Kuantan ni dari semalam Hujan dan Mendung yang berpanjangan..

Dan juga harini.. Sangatlah cloudy.. Masa untuk tidur..

Nak share a few pictures... Kucing pun tidur terlentang tau tak? Dan sangatlah hodoh..

Opec

AbunCet

Shiro 

Ni anje.. Tapi dia dah tak ada.. Nanti ada masa akan ceritalah kisah si anje pendatang yang sangatlah manja ni..  

Kucing-kucing anda pun macam kucing-kucing saya ni tak? Heehhehehee

Saturday, 22 December 2012

Aksi Mereka


Opec tengah bergalak.. Berlari ke hulu kehilir.. Ni bebel apa ntah kat abun.. Tak puas hati kenapa entah.. Hehhehehehe


Manakala si Shiro seperti biasa.. Bila orang buat air susu dia buat muka sedih la.. Nak mengecek air susu orang haaaa.. Kalau kacau sambil buat tak tahu dan lama sangat.. Macam tulah muka dia.. Hehehehhee


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...