Bagi mereka bertiga ni bila kami semua bercuti, kebiasaannya Opec dan aBun akan di kurung dalam umah dengan stok makanan yang sudah tersedia manakala ShirO pula dihantar ke 'Cat Hotel'....tapi sekali ni ketiga2 mereka kami tinggalkan dalam rumah, ibu dah tak mahu lagi hantar ke 'Cat Hotel'...... sebabnya......kali terakhir ShirO tinggal di 'Cat Hotel' ShirO kena demam selsema yang agak teruk....perlu pulak di rawat dengan kos tambahan tapi (tak mahu lah komen lebih2). Prinsip ibu senang kalau ada rasa yang tak kena memadailah sekali sebab segala kemungkinan boleh juga berlaku di mana2, kena lihat kebaikan yang ada melebihi keburukan yang mungkin tak disengajakan. Mudahkan ???
Lagipun dengan kos semalaman sebanyak RM14 terkurung di bangunan batu tuu rasanya macam tak berbaloi...lebih baik lepaskan mereka dalam rumah dengan makanan, minuman serta pasir litter yang mencukupi sepanjang ketiadaan kami di rumah....tentu mereka bertiga lebih selesa dan gembira....tak gitu??? Tapi kalau melibatkan lebih dari 3hari terpaksalah hantar juga kerana bimbangkan kebajikan mereka....
Balik dari bercuti 'jalan2 cari pasal'....tentu rindu nak tengok muka2 chumel mereka bertiga kan...???
Haaa.....paling ketara si Opec yang suka buat muka protes....tak percaya ???Jom share.....
1.Opec : muka sedang protes siap jelir bila dipanggil...
2. ShirO : muka tak boleh terima hakikat kena tinggal...inilah akibat bila dimanjakan sangat.....huhu
DAN
3. aBun : yang paling TRAGIS...dah macam mabuk kulat nampak tapi yang sebenarnya kekenyangan melampau sebab dia memang kaki makan....ntah2 dia jer yang pulun makan !!!
No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.