Seperti cuaca di luar sana, fikiran masih menerawang mengingati sesuatu....beberapa hari lepas yang jarang2 berlaku tapi ada dan benar....terbaca semasa makan tengahari di sebuah 'cafe' yang selalu kami kunjungi...di atas meja, di muka hadapan akhbar...mata tertumpu pada tajuk berita utama ini....
Pelihara 700 anjing
Oleh Mohamad Hussin dan Nordiana Shafiee
“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan.
Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.
“Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi.
Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.
Selalunya apa yang akan terlintas di benak bila melihat seorang melayu yang memelihara bukan seekor tapi 700 ekor anjing belum di tambah bilangan kucing...tidak ingin menyentuh tentang hukum tapi yang lebih menjadi isu adalah pertamanya dari segi kebersihan, kebajikan haiwan2 tersebut seperti makanan dan perubatan, ruang tempat tinggal (besar manalah agaknya) kami yang ada 3 ekor kucing dan pernah melebihi 6 ekor ini pun ada masanya terganggu dengan masalah2 yang tak di undang...berpunca dari hasil buangan mereka, kalau yang jantan (tidak di kasi) bila dewasa akan 'spray' merata2, penyakit bila tidak di jaga seperti kurap, bisul dll...dalam erti kata lain kalau dah ramai tu tentunya bukan sikit2 masalah yang perlu dihadapinya...Tidak payahlah di tambah masalah yang akan timbul dengan kejiranan mahupun masyarakat sekeliling....bukan sahaja gangguan bau malah bunyi juga....sebersih mana pun kita rasanya tak termampu juga untuk menjaga keseluruhan ruang agar sentiasa bersih (tak percaya pergilah ke pet center ) belum ada 700 ekor haiwan rasanya belum sampai sejam kita akan cepat2 beredar walaupun ada pekerja2 yang mengendalikan mereka2 ini.
Kesimpulannya......
Siapakah 'Pak Mi'.....bagaimanakah orangnya.....macamanakah dia dan isterinya mengharungi semua ini....menghukum tidak sekali, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui...kerana kita, 'Pak Mi', isterinya, anjing2, kucing2 perliharaannya juga adalah makhluk kejadianNya yang hanya menumpang sebentar di 'persinggahan' ini.....

No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.