Semenjak harijadi pertama ShirO lagi....teringat nak masukkan picca2 peringkat awal ShirO semasa kami bawa pulang (
adopt) dari Melaka pada 1 April 2012....
ShirO ni baka '
persian cross' atau senang cakap parsi campuran pertama (mak dia memang
pure persian idung kemek) bapanya pulak mungkin tak dapat dijejaki hingga kini...kes jantan durjana la ni kan...tapi yang membuatkan kami tersentuh hati ialah keadaannya masa tuu...ShirO ni 3 beradik, 2 lagi agak gebu dan bersih...tp ShirO ni muka agak buruk dengan mata berair dan muka yang comot...tuan dia cakap kesan makanan terlekat (upenye jangkitan kurap bila di bawa ke veterinar).
Masa tuu hero kami ada sama, dia lah yang beria2 nak kami beli juga anak kucing yang sedang menyusu tuu...dalam tak sampai setengah jam kedua adik beradik ShirO dah berjaya di jual dengan harga RM800 seekor...tinggallah ShirO dengan ibunya dalam
case (maknya tak pulak dijual sekali sebab
owner tu kata buat baka), kiranya macam 'kilang penghasilan'. Entahlah.....jualbeli haiwan peliharaan memang dah jadi salah satu perniagaan yang menguntungkan tapi kami sekeluarga memang tak sampai hati lah....(kira memang
fail laa kalau buka
pet shop).
Pada masa yang sama ada seekor lagi yang berusia dalam 6bulan dikurung sekali dengan arnab (sedeh jer muka mesti
stress)....dengan baki duit yang ada, (maklumlah perjalanan balik jauh lagi, malam pulak tu)...kami cubalah memujuk
owner tersebut untuk menjual ShirO kepada kami...disebabkan wajah sedih si kecil tu memang sangat2 menyentuh hati dengan keadaan ibunya yang tak mahu menyusukan (mak kucing ni pun
stress juga kowt sebab duduk dalam
case yang sempit)...kalau kami mampu masa tu mungkin kami ambil juga yang 6bulan tadi tapi kalau 2 ekor selepas di bodek2 pun hegenya RM1,400!!!) tak balik Pahang lah kami....huhuhu!!!
Malam tuu dengan senang hati kami akhirnya membawa pulang si kecil ShirO ke Pahang dalam kotak kasut bola adidas
abam....di dalam benak ,nampaknya balik ni puaslah kena fikir nak bagi minum/makan apalah si kecil ShirO......dan bagaimanakah penerimaan Opec dan aBun???
JOm kita layan picca2 awal ShirO setahun lalu.....:)
.....takdir si kecik nak bermastautin di Pahang.
depan tu botOl susu ShirO....kakak bawa jalan isi dalam handbag jer....
inilah rupa ShirO semasa dalam proses pemulihan....mata pun warna biru lagi sebelum bertukar pada warna kekal oren.
di klinik veterinar semasa dihantar untuk perawatan.
dalam kereta semasa berulang alik ke klinik veterinar.
Setahun telah berlalu...dari seekor anak kucing yang daif (hampir2 buta kerana jangkitan kuman di pipi) kini ShirO dah comel, gebu dan manja....
Dan......
yang penting si bulus ShirO sentiasa disayangi oleh ibu, ayah, kakak , abang di Teratak....:)