Bagaimana dengan hujung minggu anda???
Selepas banyak perkara berlaku sepanjang minggu lepas (di sini kita share yang manis2 jer k), hari ini seperti yang dinanti2kan program amal anjuran KARE's (Kuantan Animal Rescue & Education) yang berlangsung di UCSA (University College Shahputra)....bertujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih menyayangi haiwan khasnya kucing.
Dengan harga tiket RM20 untuk dewasa (makan secara buffet disediakan), ianya agak berbaloi memandangkan ianya sebuah badan amal untuk kebajikan haiwan2 terbiar yang memerlukan penjagaan dan rawatan.Semoga di masa2 akan datang lebih ramai lagi yang akan menyertai dan memberi sokongan program2 seperti ini.
Antara acara2 yang dijalankan adalah pertandingan kucing berbagai kategori, booth2 jualan, cabutan bertuah yang turut dihadiri oleh beberapa doktor vaterinar dan pengusaha2 pusat perawatan yang terdapat di daerah Kuantan.
Epinya dapat tengok muka2 si Comel yang masuk pertandingan, ada yang muka selamba, muka benggang, muka sedih dan ada yang langsung xheran pada kelompok orangramai yang hadir...(sayangnya Opec/ aBun @ ShirO xdapat ikut serta).
antara*booth yg terdapat di*event
Case yang disediakan penganjur untuk acara pertandingan
meOwwww..........tomeykan.......
Sebelum pulang tadi sempat juga capai 'T Shirt' bermotifkan kucing niii...selain dari harga yang berpatutan ianya sebagai pemangkin pada anak2muda melayu kita yang baru nak belajar berniaga...rasanya mereka akan lebih berjaya....Insyallah :)
bersambung.....
No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.