My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Thursday 28 February 2013

Peralihan Kuasa

Beberapa hari ni tak berapa sihat....bukan setakat suara jer tak keluar (kalau keluar pun garau macam perempuan jadi2an) ditambah demam selsema yang membuatkan 'PC tua' ni bertambah lemah....kosong tiada pengisian dan kadang kala 'hang' untuk beberapa ketika.....

Memandangkan sana sini pun sudah kelihatan berkibar2 bendera parti, menjangkakan kemungkinan PRU sudah hampir tak ketinggalan juga ShirO yang bercita2  duduk di kerusi idaman niii.....

tampa perlu undian mahupun pergubaran parlimen....sebabnya......

sila jumpa 'Tokey BesOr' niii bila ke NNPC

ShirO belum daftar undi......

hehehehhh....................

Nota kaki : Bagi mukalah kat dia jadi tokey sementara tak sihat niii....

Sunday 24 February 2013

Hanya DIA yang tahu....

Seperti cuaca di luar sana, fikiran masih menerawang mengingati sesuatu....beberapa hari lepas yang jarang2 berlaku tapi ada dan benar....terbaca semasa makan tengahari di sebuah 'cafe' yang selalu kami kunjungi...di atas meja, di muka hadapan akhbar...mata tertumpu pada tajuk berita utama ini....

Berita Utama
Pelihara 700 anjing
Oleh Mohamad Hussin dan Nordiana Shafiee

“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan.

Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.

“Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi. 

Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.


Selalunya apa yang akan terlintas di benak bila melihat seorang melayu yang memelihara bukan seekor tapi 700 ekor anjing belum di tambah bilangan kucing...tidak ingin menyentuh tentang hukum tapi yang lebih menjadi isu adalah pertamanya dari segi kebersihan, kebajikan haiwan2 tersebut seperti makanan dan perubatan, ruang tempat tinggal (besar manalah agaknya) kami yang ada 3 ekor kucing dan pernah melebihi 6 ekor ini pun ada masanya terganggu dengan masalah2 yang tak di undang...berpunca dari hasil buangan mereka, kalau yang jantan (tidak di kasi) bila dewasa akan 'spray' merata2, penyakit bila tidak di jaga seperti kurap, bisul dll...dalam erti kata lain kalau dah ramai tu tentunya bukan sikit2 masalah yang perlu dihadapinya...Tidak payahlah di tambah masalah yang akan timbul dengan kejiranan mahupun masyarakat sekeliling....bukan sahaja gangguan bau malah bunyi juga....sebersih mana pun kita rasanya tak termampu juga untuk menjaga keseluruhan ruang agar sentiasa bersih (tak percaya pergilah ke pet center ) belum ada 700 ekor haiwan rasanya belum sampai sejam kita akan cepat2 beredar walaupun ada pekerja2 yang mengendalikan mereka2 ini.

Kesimpulannya......

Siapakah 'Pak Mi'.....bagaimanakah orangnya.....macamanakah dia dan isterinya mengharungi semua ini....menghukum tidak sekali, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui...kerana kita, 'Pak Mi', isterinya, anjing2, kucing2 perliharaannya juga adalah makhluk kejadianNya yang hanya menumpang sebentar di 'persinggahan' ini.....

Wednesday 20 February 2013

Dari kerana Mata

Bak bait2 dalam lirik lagu dari kerana MATA.....begitu kuatnya kuasa MATA.

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa

Dari kerana mata

Tahukah ....warna mata kucing ketika dilahirkan adalah sementara dan kebiasaannya berwarna biru...Ianya akan berubah selepas 3 ke 4 minggu kelahiran kepada warna yang diwarisi dari bakanya, memungkinkan 'si manja' akan bermata coklat seperti tembaga, oren/kuning, hijau atau setengah2nya akan terus biru yang selalunya dari keturunan 'Siamese & Himalaya' dan kadang2 juga pada kucing yang berbulu putih. (Mat saleh kan mata biru)... pernah juga  terbaca kucing yang bermata pink mahupun yang berlainan antara kiri dan kanan....(antara keajaiban ciptaanNYA segalanya mungkin)....jadi jangan pelik sangat bila 'si manja' rumah anda bermata merah...!!!!

Mata2 cantik ini akan mula berkelip2 kebiruan biasanya selepas 2 minggu kelahiran (dalam kata lain bila si kecil mula buka mata)....tentu akan tertunggu2 apa warna sebenar warna mata 'si manja' .....

.......dari MATA turun ke HATI.



Mata cantik 'Chenta Hati' kami di Teratak
Opec : Biru
aBun : Kuning
ShirO : Oren 

DAN............kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan MATA kesayangan kami ini .....

Nine : Kuning kehijauan

Tuesday 19 February 2013

Suatu Malam di bulan Februari

Tarikh : 16hb. Februari 2013.
Pukul  :  11 mlm sehingga 3pagi.
Lokasi : Teluk Chempedak.

Seperti biasa bila sampai hujung minggu pada kami yang kerja dari pagi sampai malam 7 hari seminggu ni akan cuba meluangkan masa sebaik mungkin melakukan aktiviti bersama2.,..mungkin sekadar makan2 atau bersiar2....lagipun nak ke mana lagi kalau bukan di sini...nak ke pusat membeli belah, tutup, kalau nak ke tempat lain, jauh....kelihatan seperti tiada pilihan tapi kami semua menyukainya....di sini ada pantai, ada bazar yang menawarkan harga yang berpatutan, tempat riadah pada yang bawa anak2 kecil, ada tempat makan sehingga lewat pagi dan yang penting tempat ni hidup, tak sunyi dari dikunjungi orangramai....kalau tempat yang sunyi takut pulak....(bukan takut hantu tapi takut orang). Masa sekarang dah tak sama seperti dulu... dalam segala keadaan mesti sentiasa berhati2 dan berwaspada.

 12.00mlm : Permandangan persisiran pantai Teluk Chempedak.

Antara gerai2 yang terdapat di sini.

(Foto Ihsan : Inche Nescafe).

Semasa bersiar2 sempat juga belikan 2 rantai manik ni untuk 'Chinta Hati' kami si aBun dan ShirO (hanya tidak utk Opec sebab baru sahaja belikan yang baru)......
dan 
pada masa yang sama Inche Nescafe sedang  meraikan ulangtahun kelahiran yang ke**
"Usia adalah pemberian dan hayat adalah untuk dihargai".....semoga tahun ni lebih successful dalam karier dan kehidupan.
AMIN

Friday 15 February 2013

Rumah Kita

Dah lama juga blog ni tak update maklumla musim2 cuti ni mood nya ke laut....banyak yang perlu diselesaikan sebelum cuti bermula dan bila cuti nii ramai pula yang ambil kesempatan untuk mengadakan khenduri khendara...tak terkecuali keluarga di kampung.....

Bagi mereka bertiga ni bila kami semua bercuti, kebiasaannya Opec dan aBun akan di kurung dalam umah dengan stok makanan yang sudah tersedia manakala ShirO pula dihantar ke 'Cat Hotel'....tapi sekali ni ketiga2 mereka kami tinggalkan dalam rumah, ibu dah tak mahu lagi hantar ke 'Cat Hotel'...... sebabnya......kali terakhir ShirO tinggal di 'Cat Hotel' ShirO kena demam selsema yang agak teruk....perlu pulak di rawat dengan kos tambahan tapi (tak mahu lah komen lebih2). Prinsip ibu senang kalau ada rasa yang tak kena memadailah sekali sebab segala kemungkinan boleh juga berlaku di mana2, kena lihat kebaikan yang ada melebihi keburukan yang mungkin tak disengajakan. Mudahkan ???

Lagipun dengan kos semalaman sebanyak RM14 terkurung di bangunan batu tuu rasanya macam tak berbaloi...lebih baik lepaskan mereka dalam rumah dengan makanan, minuman serta  pasir  litter yang mencukupi sepanjang ketiadaan kami di rumah....tentu mereka bertiga lebih selesa dan gembira....tak gitu??? Tapi kalau melibatkan lebih dari 3hari terpaksalah hantar juga kerana bimbangkan kebajikan mereka....

Balik dari bercuti 'jalan2 cari pasal'....tentu rindu nak tengok muka2 chumel mereka bertiga kan...???
Haaa.....paling ketara si Opec yang suka buat muka protes....tak percaya ???Jom share.....

1.Opec : muka sedang protes siap jelir bila dipanggil...

2. ShirO : muka tak boleh terima hakikat kena tinggal...inilah akibat bila dimanjakan sangat.....huhu

DAN 

3. aBun : yang paling TRAGIS...dah macam mabuk kulat nampak tapi yang sebenarnya kekenyangan melampau sebab dia memang kaki makan....ntah2 dia jer yang pulun makan !!!

Tapi yang penting mereka selesa di rumah sendiri....main bersama, makan bersama (walaupun si demOk tu yang makan lebih) dan tidur di mana2 sahaja yang mereka suka....dalam erti kata lain 'rumahku syurga ku' walaupun rumah kita tak seindah mahligai.

Saturday 9 February 2013

Masa untuk Mandi

Bab mandi ni lah yang lemah sikit....ikutkan dulu lagi ramai, pernah ada lebih dari 6 ekor semuanya ,boleh jer mandikan....setengah botol syampu juga lah untuk siapkan semuanya.

Kucing pula bukan semua perangainya sama, ada yang tak kisah dengan air....masuk bilik air,jirus , syampukan terus bilas dan akhir sekali keringkan dengan tuala bersih. Diam aje sampai siap tapi tak kurang juga yang ber'joget lambak' belum campur mengiaw sakan.....yang ni berkemungkinan susur galur kambing,sebab takut air!!!Silap2 adalah tragedi berdarah dalam bilik air, jadi mesti berjaga2 semasa mandikan mereka2 ni. Elok kalau berdua, sorang pegang sorang tukang jirus.

Kenapa perlu mandikan kucing dan berapa kerap? Mandi untuk menghilangkan bau dan pasir yang terperangkap pada bulu agar kebersihan mereka terjaga. Kekerapan pula terpulang dengan gaya hidup mereka. Kalau yang terlepas ikut suka redah tu perlulah lebih kerap tapi kalau yang jenis vvip (24jam dalam case) tu sebulan sekali pun dah cukup.

Selain dari itu faktor bulu pun di ambil kira, kalau yang pendek tu senang memadai sekali sebulan tapi kalau 'si manja' di rumah tu rambut panjang atau tak ubah seperti mop lantai eloklah di mandi setiap 2 minggu.

sessi mandi - dalam kenangan di teratak

Harus di ingat JANGAN gunakan 'hair dryer' untuk keringkan mereka2 nii....boleh stress (doktor veterinar yang cakap) tapi masih boleh gunakan kipas angin atau jemurkan mereka ni sekiranya 'si manja' anda bukan yang jenis suka mengeringkan bulu dengan cara mereka tersendiri (guling2 atas pasir)....mau bersilat pulak si tukang mandi!!!Mandi sudah, kering pun sudah...apa lagi, sikat laaa....masa untuk bermanja2 dengan si manja anda.

Nota:  Kalau anda mandi maka ingatlah si manja anda pun nak mandi.....(^v^) baru dua2 wangiiiiiiii....


antara syampu  dan sikat kucing yang ada di pasaran

Friday 8 February 2013

Pembantu Setia

Semua sudah tahu ShirO pembantu setia di kedai ibu....bantu dari segi apalah agaknya ya? Sesampai2 jer yang di kejar tentulah 'kibbles' yang sediada di belakang kedai, apa2 isi pewut dulu kay.... manakala tempat landing yang paling disukai tentunya di tepi koridor masuk, sebabnya ShirO boleh lihat orang lalu lalang .... mana tau kan ada yang sudi menegur sambil puji2 ShirO chumel....perasankan ...  tapi ibu tak galakkan sangat, sebab bimbang customer masuk terpijak ( ingat alas kaki) atau kebarangkalian terlepas pandang tu ada ( tak pasal2 kena kidnap lak) dan paling2 tak boleh terima ShirO ke kedai 4D jual nombor yang berhampiran,selang sepintu jer (sebab dah pernah sekali ShirO buat hal masa baru2 ikut dulu)....naya2 kalau masa pergi ambil ShirO nasib tak baik JAIP pulak buat serbuan....tak pasal2 nanti dapat publisiti free.....(aiyoyo....can't imagine...ngeri3).

Mungkin aritu ShirO pergi intai2 nak spy tengok ramai tak bangsa kita pergi beli nombor....memang ramai pun ....boring juga kan kalau hari2 asyik buat keje yang sama dalam kedai....syhhhh.....

Nak tahu apa yang ShirO buat di kedai??? Nak baiki handphone memanglah tak pandai, nak jual topup pun tak boleh sebab guna sistem online, jadi ini sahajalah yang termampu ShirO buat selain dari tidur dan makan.

1. Kira Stok (pandai kira sampai 10 jer)

2. Khidmat Pelanggan ( inche nk handphone cap ape? )

3. SpngebOb ( apa pun tak boleh )

Wednesday 6 February 2013

Dairi ShirO

Hari ni nak kongsi dengan kekawan ShirO bagaimana rutin harian ShirO supaya senang nanti kalau nak dating.

Sebabnya hanya ShirO jer yang daddy/ibu/kakak/abang suka bawa naik kereta.....JANGAN salah anggap pulak....bukannya pilih kasih tau... sebab dua abang kita tu (Opec dan aBun) dah pandai jaga diri,kalau terlepas luar rumah pandai cari secret door nak masuk atau paling2 boleh setia melepak kat garaj tunggu sesiapa balik dulu untuk masuk semula.

Ibu cakap, kalau ShirO yang terlepas alamat byebye laa jawabnya ....mungkin sebab ShirO ni under age kowt tapi risik2 ibu kata sebab ShirO ni gebus sangat ...ramai yang berminat samada kanak2 riang,orang2 separuh dewasa mahupun penyangak atau penyamun.

Lagipun kitakan bongsu (kunun2) tentu daddy/ibu/kakak/abang sayang kita lebih..lebih..lebihhh!!!


ShirO pun suka ikut, dapat tolong ibu  jaga kedai dari buka sampai 11malam....bila ada customer, ShirO boleh tayang2 muka chumel....dah ramai customer ibu yang snap3 picca kita, kadang2 siap pose sama2...tapi ada masa kita tak suka sebab ada tu yang tak pandai pegang kita....ada sekali tu terjatuh macam buah nangka busuk ....gedebuk!!!Baik kita lepak kat belakang lagi syok....lapar terus boleh makan dari bekas makanan yang sentiasa siap di refill....Ini namanya 'tuah ayam nampak di kaki, tuah ShirO nampak di .......????

Tapi pada hari2 yang sibuk, Shiro tetap kena tinggal rumah juga sebab ibu tak nak ShirO lama2 dalam kereta....lagipin kita tak tahan juga kalau lama2 duduk dalam kete...dan bila di tinggalkan mesti salah sorang akan balik awal sebab nak 'sport check' ShirO okay ke tak....sebab diorang sayang ShirO banyak3....yeehaaa!!!!

Tuesday 5 February 2013

Shiro Oh Shiro (Part 1)

Susulan update semalam, inilah respon ShirO.

Apa agaknye yang ShirO nak buat ni ....????


Kalau abang Long Opec masih nak majuk kita pun nak majuk juga.....tengok ni kita dah packing2 nak ikut kakak....nanti hari2 kakak bawa panjat bukit perlindung barulah shirO bac to shape......(^v^) baru abang Opec kagum dan nak main dengan kita....asyik cakap kita si demOk bulu banyak.....di kedai ibu pun ada sorang tu asyik kata kita besar macam kambing...!!!


Nota kaki : Masalahnya baru jogging sikit dah terjelir sampai camni.....

Monday 4 February 2013

Sembunyi

Apa yang di maksudkan sembunyi? Membawa banyak pengertian tapi yang ingin di kongsi hari ni membawa maksud berselindung.

Kucing memang sangat bijak bersembunyi....kadang2 membuatkan kita panik bila ada masanya 'si chumel' ni    buat hal, merajuk atau tetiba sindrom 'anti sosial' mereka datang....(kadang2 berlaku bila ada kehadiran baru di kalangan mereka) Contoh : 'si chumel' yang sediada tidak dapat menerima kehadiran 'teman baru' itu.

Jadi itulah yang berlaku pada Opec si tampan kami.....kucing yang paling manja, hari ni lebih suka menyendiri....kalau dulu Opec lebih suka bermain2 dan tidur di mana saja yang di sukai namun sekarang seboleh2 Opec akan cuba meloloskan dirinya mencari tempat persembunyian yang jauh dari gangguan 'teman baru' tuu....

Nak tau di mana Opec bersembunyi???

Opec : Kita atas syiling laa....nyampah duk bawah, budak kecik bulu pelik tu asyik lanyak kita ajak main... Kita kan hensem ....apa barang main2 niii....


Tak apalah kalau dah tahu Opec ke mana menghilang.....rupanya di atas ni......kami dah tak risau lagi, bila  Opec lapar jangan lupa turun makan....

Kami semua sentiasa SAYANG Opec.....dulu, sekarang dan selamanya

Saturday 2 February 2013

PhotoshOOt

Hari pertama sepetang di bulan Februari ...cuaca baik sepanjang hari membuka peluang ShirO untuk di bawa bersiar2. Bukan ShirO tak pernah dibawa bersiar tapi hari ini agak istimewa sebab kehadiran 'Pro Photographer' AAM yang juga kenalan kami sekeluarga.

Bukan lah officer sangat tapi ianya agak menarik kerana melibatkan photoshoot di tempat terbuka....kerana sebelum ni ShirO pernah di bawa ke tempat umum jadi tentu ShirO juga ok hari ini...tempat yang dipilih pun tentulah  bukan tempat yang menjadi tumpuan orangramai....

Tahukah APA yang  terjadi?

Mula2 memang ShirO ok tapi dalam beberapa langkah selepas turun dari kereta...ShirO mula kelam kabut...berkemungkinan terkejut akan sesuatu ...baik bunyi yang mengejutkan mahupun bau yang mengancam (spt kehadiran haiwan lain). Memandang ianya kawasan tasik bimbang juga akan kehadiran si biawak hidup (kecik xpe buat yang besar mahu di ngapnye si bulus). Boleh lihat kelibat reptilia yang tak di  undang ni berhampiran dengan gerai2 di situ....dah lah tak takut akan kewujudan manusia disekeliling...selamba jer sambil terjelir2 lidah....huhu...ngeriiiiiiii....

Dalam kalut tu sempatlaa photographer AAM merakam beberapa foto yang menarik...tapi yang nak dikongsikan di sini,1 candid si photographer (dari lensa daddy) ketika  nak shoot si bulus niii ....bukan senang tau, smpai tergolek2 di buatnya.....(mungkin kalau x terganggu tadi ianye lebih mudah).


ShirO : ada bau kOmodO ni daddy....tatutttt.....!!!!

Sampai berpeluh2 AAM yer.....????

Friday 1 February 2013

Renungkan

Di penghulu hari Jumaat yang berkah ini.....sepintas lalu mari kita sama2 renungkan .....semoga kita sentiasa ingat mengingati.....lebih menghargai setiap ' rezeki ' yang dinikmati.


Kata Ustaz Azhar Idrus...

Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak dengan Rezeki Allah..
Kerana dia tak minta ikan yang baru di goreng.. Dia tidak minta pinggan yang elok ketika makan.. Dia tak minta air untuk membasuh tangan.. Dia tak minta tisu untuk lap mulut.. Dia hanya meminta sisa2 makanan kita yang tidak habis di makan...

So jangan la terlalu bakhil dengan sekalian maklukNya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...