My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Thursday 19 September 2013

Utamakan Barangan Tempatan

Agak lama juga admin x berkongsi tentang aktiviti penghuni di teratak (taraf penduduk tetap) yang berekor dan paling setia menemani ...Opec, aBun (dikenali juga sbg che'MOk) dan shirO... yang paling muda berambut afrO (ala2 Dato' Arumugam penyanyi utama Alleycat) yang paling suka berkelakuan pelik2.

Dulu kami sekeluarga agak tidak perasan sangat atau xambil kesah dengan tabiat sekOr ni...lagipun manalah kita faham apa yang cuba disampaikan walaupun ada masanya *dia mengOmel2 dalam bahasa ibundanya.

Pendekkan cerita...setiap kali di antara kami makan buah atau sayuran (bukan daun) ShirO mesti terpacak depan muka sambil buat muka (ala2 muka seposen gitu)....tidak pula berlaku ketika kami makan benda lain waima kepci sekalipun (dia xheran langsung, pandang pun tidak).

Dan....ibarat cakap orang2tua, nanti bimbang kempunan...maka admin potongkan laa sedikit apa yang tengah dikunyah pada masa tuu... (kalau epal, jawabnya epal lah, kalau mangga, maka mangga lah utk si*dia sekor ni ).

Nak tahu apa yang jadi....???

Gambar2 di bawah ini boleh menceritakan segalanya....dan di antara buah2an / sayur2an ( epal hijau, mangga harum manis, betik lobak merah, sengkuang, tembikai ) ShirO paling suka buah mangga dan tembikai....(yer lah kan...kena UTAMA kan buah2an tempatan).


Best kan...???

Tapi jangan fikir shirO makan banyak.....admin pun bimbang juga mana tahu boleh mendatangkan mudarat pada shirO...tapi biasanya shirO akan makan  sepotong kecil jer dan biasa tolong pegangkan sebab seboleh2 shirO mahukan yang sedang kami makan (kalau tembikai admin boleh dengar shirO sedut airnya)...shrrrpppp!!!!mak aiiii....!!!

Zooommm sikit.....dapnyeee....!!!


Nota kaki : Walaupun saya berketurunan *Persian (kacukan) tapi saya lahir di Malaysia.. Pilihan saya tentulah buah2an tempatan....ANDA bagaimana???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...