My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Wednesday 30 January 2013

Masa untuk bermain

Tahukah anda kucing amat suka suka bermain....samada kita sedar atau tidak kucing sering menganggap persekitarannya adalah tempat untuk bermain. Haiwan kecil seperti lipas, cicak, lalat, katak dan lain2nya sering di anggap sebagai teman sepermainannya...sebab kalau di perhatikan mereka jarang memakan haiwan2 tersebut walaupun kebiasaannya haiwan itu akan mati bila di jadikan alat permainan mereka.

Kucing juga sering di kaitkan dengan big cat iaitu harimau....dan kalau diperhatikan memang kucing suka memburu mangsa kecilnya...dan kadang2 agak malang bila si chumel ni tersilap memburu spesis yang memberhayakan mereka seperti lebah, katak atau haiwan2 yang beracun....tak pasal2 kena berkejar ke veterinar.

Jadi sebagai jalan selamat sekarang ni dah banyak barang2 mainan untuk si chumel, janji ada duit bolehlah di bawa balik ....dah serupa baby toys. Harga??? Boleh tahan jugalah.....Pada yang rajin tu mungkin boleh recycle apa yang ada seperti bulu ayam (feather duster),loceng,kotak dan apa saja yang si chumel suka.

Jom kita jenguk Teratak.....Opec, aBun dan shirO dengan mainan2 kegemaran mereka ...

Opec : Memadai dapat kotak limau CNY....ada limau extra tak...???

ShirO : kategori kitten jadi mainannya tentulah yang lebih childish...

aBun pula lebih suka aktiviti yang lebih lasak almaklumlah di atas faktor berat badan .... masuk body builder   boleh kowt....mana tau kan boleh ganti Mr.Asia ...

Vitamin Untuk Kami

Hari ni nak ajak jenguk si 'Chenta Hati' kami di Teratak .....dah hampir seminggu mereka bertiga ni diberi supplement niii....


Sesuai untuk kucing dan anjing.
Kebaikan brewer yeast:
~ Mengawal keguguran bulu.
~ Menjauhkan kutu.
~ Membekalkan tenaga supaya kucing/anjing anda sentiasa sihat dan aktif

1 tablet bagi setiap 4kg berat kucing, sekali sehari.
Gandakan dos jika kucing anda sedang bunting ataupun sedang menyusukan.


Semoga nanti si bulus ni akan lebih cantik dan lebat....

Daddy bagi laa shirO extra satu lagi vitamin tuu.....

hishhh....!!!!sopan sikit Bun....walaupun teratak ni tiada heroin..

Opec yang senantiasa maintain sopan di mana pun berada.

Tuesday 29 January 2013

Selamat Harijadi Opec

Di atas beberapa sebab yang tak dapat di elakkan maka terlewat laa sehari nak update birthday Opec yg baru 24 jam berlalu.....lagi pun semalam  balik lewat di tambah2 hampa tak dapat makan lempeng kelapa...huhu...

Apa2pun yang penting kami ada  beli collar baru untuk harijadi Opec yang ke 3 nii... semoga Opec sihat dan  sentiasa berada di sisi kami sekeluarga di hari2 mendatang baik suka mahupun duka.



 Opec dengan collar baru warna merah beserta loket bentuk kucing (tp xkelihatan)...susah betul nk snap picca sebab Opec nii bila pose memang selalu over....guling2 sambil buat muka chumel.....

Nota kaki kucing : Kami semua sayang Opec banyak2.....!!!! 

Friday 25 January 2013

Temujanji ke 2

Hari ni kali ke dua dalam tahun 2013 'my kids' Opec dan aBun ke klinik veterinar untuk mendapatkan imunisasi (muda dulu bawa anak2)....di awal pagi daddy dah sediakan case untuk kedua mereka supaya senang bila nak bawa nanti....kalau sekor tak apa tapi kalau dah beregu ni bimbang juga menganggu daddy memandu....

Seperti biasa kedua2nya senang saja di uruskan, selepas di timbang dan disuntik, terus Opec dan aBun masuk ke dalam case....mungkin berharap cepat2lah daddy bawa balik.

Opec : Daddy dukung laa....dah tak larat nak jalan....kita ni ringan dari si aBun tuuu...

Temujanji akan datang pada ......................................................tahun depan 2014!!!! hurray...!!!!

Nota kaki: Opec maintain 5.6kg dan aBun 6.6kg.

Selamat Malam

Apabila malam melabuhkan tirainya apa yang seringkali semua lakukan....tentulah TIDUR.

jadi SIAPA kah yang memerlukan tidur ?

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji — seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari — tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian.


Tentu pernah dengar akan peribahasa ' tidur2 ayam '.....tapi apa kiranya hari ini kita ubah tidur ayam kepada tidur kucing....(o-O)


Apa2pun jangan lupa bersihkan diri sebelum tidur dan baca doa tidur yer....Selamat Malam Dunia :)

Doa Sebelum Tidur :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul untuk seluruh warga islam di seluruh pelusuk alam......

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.

"Kalau Tahun Baru dan Hari Merdeka kita boleh sambut dengan meriah dan berhibur sampai lewat malam, jangan pulak kita tak boleh sambut hari keputeraan Nabi kita dgn berselawat sebanyak mungkin...Mudah dan tak susah....Semoga kita menjadi umat yang menyayangi dan disayangi Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah. Amin."


Esok, 24 Januari bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H, kaum Muslim di seluruh dunia akan mengingati satu peristiwa penting anugerah Allah kepada seluruh manusia, iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di negara kita pada tahun ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Al-Quran menyatakan bahawa kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam tahun Gajah atau menurut ulamak dan sejarawan Islam pada 12 Rabiul Awal.

Tuesday 22 January 2013

Abang Besar

Dalam kehangatan pertarungan antara Pahang dan Trengganu malam ni di Stadium darul Makmur, mari kita jengah2 apa yang sedang dilakukan oleh Opec, aBun dan ShirO....

Opec : Tido lagi best sejuk2 niiii.....kau Bun tolong layan dak kecik tuu...!!!

aBun : Boring tul asyik kene layan dak kecik niii jer.....!!! (Abang Besar pandai order jer)

ShirO : Bang Bun salah channel nii....kte nak tengok Pahang lwn Nganu......mne tahu nampak abang Aiman kat sit penyokong....cepatlahhhh....!!!

Sunday 20 January 2013

Kenali Opec

Dalam seminggu lagi  Opec akan menapak ke usia baru....3 tahun sudah dia bersama kami sekeluarga....agak2nya apa yang Opec mahukan pada ulangtahun kelahirannya nanti ???

Semenjak dua menjak ni abang Opec (yang paling tua) lebih suka menyendiri...dah tak suka bermain2 mcm masa kecik2 dulu....tak suka akan kehadiran orang asing (mesti kelam kabut lari ibarat orang nampak hantu)....pernah ada tetamu datang bertandang Opec lari sampai langgar pintu kaca sliding....(kesian pulak tengok).

Dan sekarang ini Opec ade beberapa tempat persembunyian....nak tahu di mana??? JOm kita intai2....!!!!

nampak kan....atas syiling rumah....masalahnya naik pandai, turun xpandai....mula2 dulu terpaksa panjat untuk bawa dia turun....sekarang dad letak tangga  untuk Opec belajar turun sendiri.

yang 2 ekor tu mesti x tau port baru niii......

macamana boleh langgar sliding nii sedangkan boleh dikatakan hari2 landing...dari sini senang nak tengok   ibu /dad/ kakak & abang badang balik....:)

Saturday 19 January 2013

Aktiviti Semasa

Pagi ni tak seceria hari2 sebelumnya....mungkin sebab banyak perkara sedang berlaku di sekeliling.....ada suka dan ada dukanya.....(namapun kehidupan).

Apa2pun 3 'Chenta Hati' kami ni seperti biasa...tetap menceriakan... Tak percaya???JOm lihat apa yang mereka sedang lakukan.....

Waaa....ni mesti bangunan KLCC tuu....bila agaknya Pec nak sampai situ.....

Yang ini ShirO jer bole main....kita geng ngan abang aBun....tapi mne dia ??? 

malas laa.....aBun tunggu ibu balik....pewut Bun dah lapar niii...... 

Wednesday 16 January 2013

Awan Itu Menanggis

Hari ini tergerak untuk berkongsi rasa bersama insan2 penyayang di luar sana...
tiada niat untuk meminta simpati...memadai sekiranya dapat di renung sejenab dan cuba merasai....atau mungkin sebagai pencetus untuk lebih berhati2....x kira di mana @ situasi....tentu ada mata yang sedang memerhati.....

16Jan, 2013 mungkin tarikh yang bermakna pada seseorang , begitu juga kami ...tapi ianya lebih kepada rasa sedih....sama seperti awan itu yang sedang menanggis....

Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke kedai (tempat kerje) di kejutkan dengan berita kereta milik anak dicerobohi di tempat letak kereta...(dlm masa yg singkat) tampa di pecah, 1 beg galas yang mengandungi laptop dan gejet2 lain di kebas termasuk wallet kesayangannya....

Nampaknya di mana2 sahaja dah tak selamat....di rumah, di tempat kerja, di pasaraya, di bank....kemungkinan di curi/dirompak dan berbagai2 ' D ' lagi berkemungkinan berlaku tu ada....

Tak menyalahkan sesiapa sebab sebagai umat islam, kita wajib percaya sepenuhnya pada Qada' dan Qadar Allah SWT....


Pada si perlaku ...bergembiralah kerana hari ini berjaya dalam misi mencurinya....tapi pada yang menjadi mangsa....dOakanlah di buka pintu hati mereka yang terlibat....semoga di beri kesempatan kembali ke pangkal jalan....kalau tubuh badan tu sihat, ceburilah bidang yang HALAL di dunia dan akhirat....sebab hidup ni bukannya lama....x menjangkau ratusan tahun pun....

ShirO Bersama Peminat

Kisah berlaku di suatu petang di musim yang lalu...... (mcm lirik lagu lark).....daddy tergerak nak ajak shirO berjogging sama......almaklumlaa.....kesian jg shirO asyik terperap di belakang kedai, nak di lepas bimbang ada 'tangan halimunan' ....sekarang ni apapun berharga,pantang terleka kemungkinan ghaib tu mesti ada....


Di pendekkan cerita bila sampai tempat daddy biasa jogging lain pula jadinya....beberapa orang pengunjung datang menghampiri shirO (dia ni x takut pada orang ramai walaupun x di kenali, mungkin dah terbiasa di kedai) tu yang buat kami lagi berhati2 bila melepaskan dia.....selain dapat memegang, ada juga yang meminta izin untuk bergambar bersama ShirO.

Dan akhirnya sessi jogging daddy bertukar menjadi sessi fotografi......dan sebelum ShirO merasa tidak selesa bila dipegang2 banyak tangan...daddy pun meminta peminat2 ShirO petang tu untuk melepaskan ShirO untuk dibawa pulang.

Thursday 10 January 2013

Belanjawan Si Manja hari ini

Tajuk di atas nampak serius tak? Tapi pada yang baru hendak menjinakkan diri dengan haiwan berbulu ni rasanya bole la menconggak2 kos yang diperlukan untuk si manja anda.
Sebab dengan cara hidup dan faktor kediaman hari ini kita memerlukan peruntukan tertentu untuk si manja....contohnya: bekas /kandang, pasir untuk kumbahan, makanan semestinya lah.

Kalau dulu zaman mak ayah kita pelihara si manja, memadai dengan beri makan sahaja (mak dulu gaul nasi dengan ikan 3x sehari). Bila mereka nak lepas hajat, keluar jer rumah dan cari lah *port yang baik dan semuanya selamat...begitu juga kitaran hidup mereka, bebas nak kemana2, pada yang jantan menabur cinta dan yang betina cukup masa beranak...kadang2 di gerobok buruk mak ,kadang2 di bawah katil , ada kalanya dalam pasu bunga mak pun ada....iyalah yang mana sempat dan di rasakannya selamat dari gangguan bapak kucing (mak cakap bapak kucing akan makan kalau jumpa).

Hari ini silap2 kitaran kehidupan nii dah di warisi oleh manusia pulak (walaupun di beri akal fikiran)....bunyi agak keterlaluan tapi itulah hakikatnya realiti hari ini...(terbabas lak dari topik)

Berbalik kepada cerita asal kita....kos penyelenggaraan si manja kini semakin hari semakin meningkat....belum lagi kos rawatan bila sakit (tuan demam telan panadol jer), kos pemandulan, penginapan bila ketiadaan kita di umah.

Bukan niat nak mematikan niat baik nak memelihara si manja, cuma nak ajak berfikir sejenak keperluan yang sepatutnya kita sediakan untuk mereka bagi mengelakkan bergaduh dengan jiran  atau kemungkinan teraniaya mereka di belakang hari (cth: kalau x dimandulkan mereka cepat membiak dan nanti bila x mampu terjadilah buang sana sini)...sian tau...

Dan agak2nya di manakah boleh kita suarakan....kenaikan harga keperluan si manja niii.....samada perasan atau tidak, kos rawatan dan makanan mereka ni memang agak tinggi...(kalau cakap ke tOk nenek kita dulu2 harga sekilo makanan kucing atau pasir ...harus terbatuk diorang)..... zaman dah berubah tOkkk......anak cucu kena lalu.....


Contoh : salah satu jenis makanan si manja yang terdapat di pasaran...harga RM28-32/kilo.

aBun Oh aBun

Cuaca yang x menentu nii bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kita manusia malah haiwan kesayangan juga mudah dihinggapi penyakit ....kalau minggu lepas ShirO yang demam selsema...hari ni aBun pulak yang dah dapat demam selsema tuu...dari malam semalam perasan aBun asyik *sneezing jer ....


Hari ini x ada kelibat aBun yang suka tunggu bekas makanan....tidur je sepanjang hari, nak2 selepas makan ubat....semoga cepat2 sihat yer Bun...


kesian aBun....tu laa degil, hujan2 pun sibuk nak main luar...dah demam sape susah???
"mereka dan keluarga mereka juga yang susah"

Tuesday 8 January 2013

Shiro dah sihat

Nak berkongsi sama wajah terkini si chenta hati Shiro yang dah baik demam....selepas puas nak beri makan ubat (expecially yang cecair) cukup susah ....sehingga bulunya pun dah berbau ubat ....!!!!

Malam ni kita nak ikut daddy gi tengok bOLO...bole tak?

X bole ke.....huhuhu....!!!!

Kemungkinan dalam masa terdekat ni nak bawa shirO for hair cut.....susah sangat nak comb dia...

Sona Mu

Semalam radio/berita tv (x termasuk sembang2 di kedai kopi) me war2 kan akan berlaku ribut tropika Sonamu yang berkemungkinan akan sampai  ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Trengganu dan Pahang) di anggarkan angin kencang dan laut bergelora akan merbahayakan individu yang melakukan aktiviti pantai mahupun perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Walaupun ianya hanya ramalan tapi rasa eloknya / tak rugi di beri PERHATIAN...dan satu lagi yang sedang di lalui oleh penduduk Kuantan khasnya...bekalan air akan terputus lebih kurang seminggu....

* Ini di namanya kuasa AIR.....besar baktinya kepada makhluk sejagat tapi AIR juga boleh membinasakan.

Friday 4 January 2013

Hari Jumpa Doktor

Pagi Jumaat yg cerah di Kuantan bandar lestari arini....awal2 pagi daddy sudah bersiap2 nak bawa Opec & aBun ke klinik veterinar kemunting untuk pemeriksaan kesihatan.

Sepanjang perjalanan ke klinik bukan main lagi bising mulut si aBun (cuak agaknye naik kete sebab di antara mereka memang aBun jarang di pelawa naik kete bukan kerna pilih kasih ) salah satu sebabnye....mulut tu lah BISING !!! Untuk memudahkan semua (termasuk jiran yang menumpang sama dengan si manjanya)...maka daddy masukkan Opec & aBun ke dalam case ... namun bebelan aBun semakin menjadi2.

Wajah terkini ShirO yg kena demam selsema (Berat : 4.6kg).

Agak2 kalau kita nyorok mesti daddy xjumpa kan??? (Berat : Opec 5.4kg/aBun 6.7kg)

Oleh kerana sampai awal jadi patient pun belum ada lagi....maka semuanya berjalan lancar....lagipun mereka2 ni tak sakit cuma medical chec up....Selepas di cucuk sejarum,di beri ubat cacing dan di timbang...cepat jer aBun masuk semula ke dalam case (tau takut dOktor) dan Opec macam biasalah maintain cool memanjang...almaklumlah maskulin katakan.....dan nak tahu sape yg jadi juara Obesiti....tentulah ABUN si mulut bising niii......dan 25Jan depan  date akan datang....:)

Wednesday 2 January 2013

2013

2013 menjengah maka seperti lazimnya 2012 pun berlalu pergi....tidak boleh lagi berundur walaupun sedetik....tidak boleh dibeli mahupun dijampi.....yang mampu tertinggal, hanya kenangan yang mungkin dapat di ingat  sebelum LUPA datang.

Jadi pada semua SELAMAT berada di TAHUN yang BARU -  2013 (tahun silih berganti jadi berbuat baik lah sebanyak mungkin ketika masih berkesempatan niii...)


........dan pada si *chenta hati Opec, aBuncit dan ShirO...agak2nya 2013 ni keluarga kita akan ada pertambahan penduduk tak? hmmmm..........kita tungguuuuu dan lihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...