My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers

Monday 15 April 2013

Family Ties

Bertemu kembali hari Isnin permulaan minggu baru di bulan April niii....pahit manis silih berganti mewarnai hari2 yang berlalu...terpulanglah samada ingin di kongsi, di simpan atau di pendam dalam2....

Tajuk hari ini 'Family Ties' macam bunyi London....sekadar menggamit memori di zaman 80'an dulu.... sebuah siri drama berdurasi 30minit yang menekankan nilai2 murni di dalam sebuah keluarga....begitu juga kita semua di luar ni....perlu bertanggungjawab dalam mewarnai watak yang di beri sebaik2 mungkin.

Tidak dinafikan hubungan kekeluargaan  penting...umpama sebatang pohon, dari akar sehingga ke pucuk memainkan peranan masing2 tampa mengira besar atau kecil sesebuah keluarga itu....kegembiraan, kesedihan, kemanisan, kesakitan....semuanya dikongsi bersama. Mungkin ada kekurangan di sana sini tapi kehidupan adalah satu perjalanan....yang penting ada keberanian dan peluang untuk berubah.....kerana sebagai seorang islam, dunia bukan segalanya. Di sana nanti segala amalan akan dihitung.

"Ikutkan hati, mati...ikutkan rasa, binasa"...jadi mana nak ikut???Di sini pentingnya AKAL yang di beri....dan akal ini akan berISI jika di beri ilmu yang bermunafaat....di sini nampak tak betapa pentingnya bergaul dengan mereka2 yang berakal juga.

Dan tak dinafikan sumurnya kehidupan bila diterangi IMAN.

Pohon yang baik akan tumbuh menghijau, berbunga dan berbuah....berjasa pada sekelian penghuni alam....mungkin sebagai makanan pada manusia, burung2 dan haiwan....atau mungkin sekadar teduhan dari sinaran mentari.

Sekiranya ANDA merasakannya, ANDA juga tergolong diantara daun2 yang rimbum itu....dan sekiranya ANDA tidak merasakannya lagi mungkin ANDA menjadi daun kering yang terbang gugur dibawa angin.

Opec , bAbun dan ShirO (^v^)
lihatlah kami ni.....walaupun sering bercakaran tapi kami saling sayang menyayangi....coz v r FAMILY....!!!


....dan di antara pohon2 itu adalah KITA.

Friday 12 April 2013

Salam Jumaat

'Morning breeze to everyone'...pembuka kata ni untuk awal pagi tadi laa...sekarang ni matahari dah memancor terik...berkerut2 muka pada yang sedang memandu mahupun yang sedang berada di luar....masa ni boleh bolehla pakai sunglass besOr2 pinggan!!!hahahhh....(jangan gelak lebih2 di hari penuh keberkatan ni).... jOm....!!! sesekali kita beralih angin....

diam2 duduk, jatuh kang panas2 nii....

Sesekali berbicara tentang pemberianNya samada panas, hujan atau apapun adalah rahmat untuk sekian makhluk di muka bumi ni.....mungkin yang sebahagian memerlukan dan sebahagian lagi tidak tapi inilah di namakan anugerah...JANGAN asyik merungut jer...belajar2 bersyukur ya anak2, cucu2, cicit2 sekelian...tapi ada tetapinya....ada bezanya rungutan kepada kita sesama makhluk nii dal hal2 tertentu bertujuan untuk menyedarkan sesetengah pihak....contohnya: masa panas2 ni air pulak tak ada, jikalau musim hujan di suruh sediakan payung, panas pun apa kurangnya...mana perginya 'payung' tu...??? (yang ni simpan untuk difikirkan sendiri pada pembaca sebab kefahaman kita semua tentu berbeda2).

Di musim tak ada air ni elok juga jangan basuh kereta, jangan mandi banyak kali (pada yang malas mandi mesti suka ni), jangan mandikan 'si manja' bulus peliharaan anda, jangan bersalin pakaian banyak2 kali dan jangan3.....digalakan pergi mandi sungai,laut ataupun air terjun (jaga keselamatan diri) dan selalulah pergi berjemaah ke surau ataupun masjid....(sebab salah satunya masjid memang ada air) jangan pulak pergi mandi tapi tak pulak bersholat...!!!!(nampak tak hikmahNya) bila air tak ada, semoga ramai yang tergerak untuk ke masjid.

kalau hujan kata hujan...ni panas boleh awal la sikit kan 'lelaki2 kalian....

Sedikit titipan sebelum beredar untuk keluargaku, saudaraku, kenalanku, jiran2ku....atau pada sesiapa sahaja yang melintas di sini.....

Hadith :Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

Salam dan selawat ke atas Junjungan mulia kami Nabi Muhammad SAW.

Monday 8 April 2013

Rupa ShirO dahulu

Semenjak harijadi pertama ShirO lagi....teringat nak masukkan picca2 peringkat awal ShirO semasa kami bawa pulang  (adopt) dari Melaka pada 1 April 2012....

ShirO ni baka 'persian cross' atau senang cakap parsi campuran pertama (mak dia memang pure persian idung kemek) bapanya pulak mungkin tak dapat dijejaki hingga kini...kes jantan durjana la ni kan...tapi yang membuatkan kami tersentuh hati ialah keadaannya masa tuu...ShirO ni 3 beradik, 2 lagi agak gebu dan bersih...tp ShirO ni muka agak buruk dengan mata berair dan  muka yang comot...tuan dia cakap kesan makanan terlekat (upenye jangkitan kurap bila di bawa ke veterinar).

Masa tuu hero kami ada sama, dia lah yang beria2 nak kami beli juga anak kucing yang sedang menyusu tuu...dalam tak sampai setengah jam kedua adik beradik ShirO dah berjaya di jual dengan harga RM800 seekor...tinggallah ShirO dengan ibunya dalam case (maknya tak pulak dijual sekali sebab owner tu kata buat baka), kiranya macam 'kilang penghasilan'. Entahlah.....jualbeli haiwan peliharaan memang dah jadi salah satu perniagaan yang menguntungkan tapi kami sekeluarga memang tak sampai hati lah....(kira memang fail laa kalau buka pet shop).

Pada masa yang sama ada seekor lagi yang berusia dalam 6bulan dikurung sekali dengan arnab (sedeh jer muka mesti stress)....dengan baki duit yang ada, (maklumlah perjalanan balik jauh lagi, malam pulak tu)...kami cubalah memujuk owner tersebut untuk menjual ShirO kepada kami...disebabkan wajah sedih si kecil tu memang sangat2 menyentuh hati dengan keadaan ibunya yang tak mahu menyusukan (mak kucing ni pun stress juga kowt sebab duduk dalam case yang sempit)...kalau kami mampu masa tu mungkin kami ambil juga yang 6bulan tadi tapi kalau 2 ekor selepas di bodek2 pun hegenya RM1,400!!!) tak balik Pahang lah kami....huhuhu!!!

Malam tuu dengan senang hati kami akhirnya membawa pulang si kecil ShirO ke Pahang dalam kotak kasut bola adidas abam....di dalam benak ,nampaknya balik ni puaslah kena fikir nak bagi minum/makan apalah si kecil ShirO......dan bagaimanakah penerimaan Opec dan aBun???

JOm kita layan picca2 awal ShirO setahun lalu.....:)

.....takdir si kecik nak bermastautin di Pahang.

depan tu botOl susu ShirO....kakak bawa jalan isi dalam handbag jer....

inilah rupa ShirO  semasa dalam proses pemulihan....mata pun warna biru lagi sebelum bertukar pada warna kekal oren.

di klinik veterinar semasa dihantar untuk perawatan.

dalam kereta semasa berulang alik ke klinik veterinar.

Setahun telah berlalu...dari seekor anak kucing yang daif (hampir2 buta kerana jangkitan kuman di pipi) kini ShirO dah comel, gebu dan manja....

Dan......
yang penting si bulus ShirO sentiasa disayangi oleh ibu, ayah, kakak , abang di Teratak....:)

Sunday 7 April 2013

Anda Bagaimana???

Pagi yang indah ini bagai dicemari bila di mana2 sahaja 'angin fitnah' melanda......almaklumlah , parlimen kan sudah digubar ...bermakna 'musim pelihanraya' sudah menjelang tiba (macam musim buah pulak bunyinya) jadi2lah saling buruk memburuk sesama sendiri , malahan sebangsa dan seagama....yang mendengar dan melihat pun boleh dapat 'saham' sama.....rasanya masa bebudak dulu sudah ada 'pilihanraya' (kan lahir zaman selepas merdeka) tak adalah macam sekarang sampai habis dalam kain kena dedah....(kalau betul tak apa ,kalau tak jenuhlah mati esok) tu pun kalau yakin dengan hari pembalasan.

Pendek kata buka TV ada, buka suratkhabar ada, buka facebook pun lagilah ada...!!!Di tempat2 umum jangan ceritalah....berbagai2 versi boleh dengar kalau rajin menadah telinga...tapi rasanya masing2 sekarang dah bijak menilai....negara kitakan mengamalkan demokrasi berparlimen....apa susah2 sangat, sampai masa 'pangkah' ajelah....yang menang di kawasan akan jadi Yang Berhormat, masa tu dia mungkin sudah tak kenal kita yang mengundi nih....nama pun politik....

Tapi di sini kita bukan nak sembang pasal pilihanraya, jauh sekali nak berkempem2 niii...memang tak berkemampuan ke arah itu....tak juga setakat angguk2 geleng2....kiranya fahamlah juga apa yang sedang berlaku disekeliling.

Hari ini ramai yang  berebut2 untuk berkuasa samada yang berada dalam politik, di tempat kerja, dan mungkin di kawasan perumahan anda sendiri. Mungkin ada yang di luar sana nak jadi Tok Penghulu, Tok Pat, Pengerusi Taman, Pengerusi Masjid atau ahli jawatankuasa bertindak...??? Yang penting mampukah kita memikul tanggungjawab yang di beri???


Sedangkan  kucing (jantan) pun nak berkuasa habis satu taman/kampung ajak gaduh , pancut sana pancut sini tanda 'kawasan' punyalah nak jadi 'taikO'....

Agak2 kita manusia yang berakal ni JANGAN lah sampai macam tu, tabur janji mengunung2 tingginya, sampai masa ....habuk (tupun kalau sempat berhabuklah)...ibarat cakap budak2 sekarang....yang adO!!!

kita ni dh*neuted mana ada tanda2 kawasan....undi kan 'rahsia'....

Membebel panjang pulak hari ni...sesekali berubah topik bagus juga....apapun yang penting kalau cakap banyak2 tapi belum daftar mengundi ...macamana tuuu....???
Tak apalah..... panjang umur 5 tahun lagi kalau sempat bolehlah mengUNDI.....

Sama2 kita doakan agar bumi tercinta ni terus kekal 'makmur dan sejahtera'....mudah cari makan dan malam tidurnya lena (harapan kebanyakan orang kecil di luar sini).

Tuesday 2 April 2013

ShirO jadi Jururawat

Beberapa hari ni ShirO dah tak jadi pembantu kanan ibu di kedai....kena tinggal umah supaya boleh  temankan  kakak yang baru keluar wad....senang cakap ShirO sekarang dah jadi misi...!!!jururawat laa konon2nye....Shiro kan pandai kejutkan kakak supaya bangun makan ubat.

Antara bertiga, ShirO jer yang tak pandai nak tido...ke hulu ke hilir dalam umah manakala yang dua lagi tu....abang Opec dan baBun lebih selesa membuta di tempat2 *ekslusif (jauh dari gangguan ShirO) agar tidak di ganggu....kesian dia kalau kakak dan abang katang tido tak ade la kawan nak ajak main nyorok2 atau kejar2....

picca terbaru ShirO teman kakak golek2 depan tv.

pagi tadi kakak bagi kita rasa *mushroom soup....nyum3

Nanti bila kakak dah baik betul2 kenalah bawa ShirO naik *myV pusing2 dalam taman *blueHippO nii....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...