My Pet's Tickers

PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
PitaPata Cat tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Hanya DIA yang tahu....

Seperti cuaca di luar sana, fikiran masih menerawang mengingati sesuatu....beberapa hari lepas yang jarang2 berlaku tapi ada dan benar....terbaca semasa makan tengahari di sebuah 'cafe' yang selalu kami kunjungi...di atas meja, di muka hadapan akhbar...mata tertumpu pada tajuk berita utama ini....

Berita Utama
Pelihara 700 anjing
Oleh Mohamad Hussin dan Nordiana Shafiee

“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan.

Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini.

“Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa tabah berdepan cabaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mi. 

Menurutnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan harga lebih RM1,000 oleh pihak yang ingin membeli anjing peliharaannya, tetapi dia menolak kerana perasaan sayang pada haiwan peliharaanya itu.


Selalunya apa yang akan terlintas di benak bila melihat seorang melayu yang memelihara bukan seekor tapi 700 ekor anjing belum di tambah bilangan kucing...tidak ingin menyentuh tentang hukum tapi yang lebih menjadi isu adalah pertamanya dari segi kebersihan, kebajikan haiwan2 tersebut seperti makanan dan perubatan, ruang tempat tinggal (besar manalah agaknya) kami yang ada 3 ekor kucing dan pernah melebihi 6 ekor ini pun ada masanya terganggu dengan masalah2 yang tak di undang...berpunca dari hasil buangan mereka, kalau yang jantan (tidak di kasi) bila dewasa akan 'spray' merata2, penyakit bila tidak di jaga seperti kurap, bisul dll...dalam erti kata lain kalau dah ramai tu tentunya bukan sikit2 masalah yang perlu dihadapinya...Tidak payahlah di tambah masalah yang akan timbul dengan kejiranan mahupun masyarakat sekeliling....bukan sahaja gangguan bau malah bunyi juga....sebersih mana pun kita rasanya tak termampu juga untuk menjaga keseluruhan ruang agar sentiasa bersih (tak percaya pergilah ke pet center ) belum ada 700 ekor haiwan rasanya belum sampai sejam kita akan cepat2 beredar walaupun ada pekerja2 yang mengendalikan mereka2 ini.

Kesimpulannya......

Siapakah 'Pak Mi'.....bagaimanakah orangnya.....macamanakah dia dan isterinya mengharungi semua ini....menghukum tidak sekali, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui...kerana kita, 'Pak Mi', isterinya, anjing2, kucing2 perliharaannya juga adalah makhluk kejadianNya yang hanya menumpang sebentar di 'persinggahan' ini.....

Wednesday, 16 January 2013

Awan Itu Menanggis

Hari ini tergerak untuk berkongsi rasa bersama insan2 penyayang di luar sana...
tiada niat untuk meminta simpati...memadai sekiranya dapat di renung sejenab dan cuba merasai....atau mungkin sebagai pencetus untuk lebih berhati2....x kira di mana @ situasi....tentu ada mata yang sedang memerhati.....

16Jan, 2013 mungkin tarikh yang bermakna pada seseorang , begitu juga kami ...tapi ianya lebih kepada rasa sedih....sama seperti awan itu yang sedang menanggis....

Pagi tadi ketika dalam perjalanan ke kedai (tempat kerje) di kejutkan dengan berita kereta milik anak dicerobohi di tempat letak kereta...(dlm masa yg singkat) tampa di pecah, 1 beg galas yang mengandungi laptop dan gejet2 lain di kebas termasuk wallet kesayangannya....

Nampaknya di mana2 sahaja dah tak selamat....di rumah, di tempat kerja, di pasaraya, di bank....kemungkinan di curi/dirompak dan berbagai2 ' D ' lagi berkemungkinan berlaku tu ada....

Tak menyalahkan sesiapa sebab sebagai umat islam, kita wajib percaya sepenuhnya pada Qada' dan Qadar Allah SWT....


Pada si perlaku ...bergembiralah kerana hari ini berjaya dalam misi mencurinya....tapi pada yang menjadi mangsa....dOakanlah di buka pintu hati mereka yang terlibat....semoga di beri kesempatan kembali ke pangkal jalan....kalau tubuh badan tu sihat, ceburilah bidang yang HALAL di dunia dan akhirat....sebab hidup ni bukannya lama....x menjangkau ratusan tahun pun....

Thursday, 10 January 2013

Belanjawan Si Manja hari ini

Tajuk di atas nampak serius tak? Tapi pada yang baru hendak menjinakkan diri dengan haiwan berbulu ni rasanya bole la menconggak2 kos yang diperlukan untuk si manja anda.
Sebab dengan cara hidup dan faktor kediaman hari ini kita memerlukan peruntukan tertentu untuk si manja....contohnya: bekas /kandang, pasir untuk kumbahan, makanan semestinya lah.

Kalau dulu zaman mak ayah kita pelihara si manja, memadai dengan beri makan sahaja (mak dulu gaul nasi dengan ikan 3x sehari). Bila mereka nak lepas hajat, keluar jer rumah dan cari lah *port yang baik dan semuanya selamat...begitu juga kitaran hidup mereka, bebas nak kemana2, pada yang jantan menabur cinta dan yang betina cukup masa beranak...kadang2 di gerobok buruk mak ,kadang2 di bawah katil , ada kalanya dalam pasu bunga mak pun ada....iyalah yang mana sempat dan di rasakannya selamat dari gangguan bapak kucing (mak cakap bapak kucing akan makan kalau jumpa).

Hari ini silap2 kitaran kehidupan nii dah di warisi oleh manusia pulak (walaupun di beri akal fikiran)....bunyi agak keterlaluan tapi itulah hakikatnya realiti hari ini...(terbabas lak dari topik)

Berbalik kepada cerita asal kita....kos penyelenggaraan si manja kini semakin hari semakin meningkat....belum lagi kos rawatan bila sakit (tuan demam telan panadol jer), kos pemandulan, penginapan bila ketiadaan kita di umah.

Bukan niat nak mematikan niat baik nak memelihara si manja, cuma nak ajak berfikir sejenak keperluan yang sepatutnya kita sediakan untuk mereka bagi mengelakkan bergaduh dengan jiran  atau kemungkinan teraniaya mereka di belakang hari (cth: kalau x dimandulkan mereka cepat membiak dan nanti bila x mampu terjadilah buang sana sini)...sian tau...

Dan agak2nya di manakah boleh kita suarakan....kenaikan harga keperluan si manja niii.....samada perasan atau tidak, kos rawatan dan makanan mereka ni memang agak tinggi...(kalau cakap ke tOk nenek kita dulu2 harga sekilo makanan kucing atau pasir ...harus terbatuk diorang)..... zaman dah berubah tOkkk......anak cucu kena lalu.....


Contoh : salah satu jenis makanan si manja yang terdapat di pasaran...harga RM28-32/kilo.

Tuesday, 8 January 2013

Sona Mu

Semalam radio/berita tv (x termasuk sembang2 di kedai kopi) me war2 kan akan berlaku ribut tropika Sonamu yang berkemungkinan akan sampai  ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Trengganu dan Pahang) di anggarkan angin kencang dan laut bergelora akan merbahayakan individu yang melakukan aktiviti pantai mahupun perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Walaupun ianya hanya ramalan tapi rasa eloknya / tak rugi di beri PERHATIAN...dan satu lagi yang sedang di lalui oleh penduduk Kuantan khasnya...bekalan air akan terputus lebih kurang seminggu....

* Ini di namanya kuasa AIR.....besar baktinya kepada makhluk sejagat tapi AIR juga boleh membinasakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...