Dari tajuk hari ni ...rasa2 boleh agak tak apa yang ingin admin nak story ....???
Fokus utama tentu si bongsu ShirO....sebab dari awal menyertai kuarga di Teratak , sememangnya tak diterima oleh *rakyat sekaum... dan yg paling obses penghuni yg paling tua Opec....mula2 ingat hanya sementara sahaja...mungkin sebulan, dua bulan atau paling lama pun tiga bulan...tapi nampaknya dah bertahun... (ShirO dah 1y5m) tapi penerimaan masih juga dingin...kecuali aBun yang agak neutral....tak kisah sangat, asal perut kenyang dan dapat tido.
Kesian dia....kenapa yer??? Mungkinkah kerana fizikalnya.... ???
Untuk menenangkan keadaan ada masanya kami bawa ShirO ke tempat kerja...sekurang2nya ada geng...tapi kalau sibuk ShirO terpaksa juga hadap abang2 senior di umah.
Suatu malam di taman perumahan.
****
ShirO : Meh la kawan dgn kita ...
Anak mbek : Mekkkk (kambing Tganu) cer tengok natang apa nii...!!!!
Ibu Mbek : hukOlOh mung ni....anok biri2 sepupu mung laa....!!!!
Tak apalah ShirO... kini ramai yang sayang ShirO....
SemOga *sayang itu berkekalan... tidak mengira waktu....
Hanya ketika sihat dan cantik dan berubah ketika sudah dimamah usia....
Pagi yang indah ini bagai dicemari bila di mana2 sahaja 'angin fitnah' melanda......almaklumlah , parlimen kan sudah digubar ...bermakna 'musim pelihanraya' sudah menjelang tiba (macam musim buah pulak bunyinya) jadi2lah saling buruk memburuk sesama sendiri , malahan sebangsa dan seagama....yang mendengar dan melihat pun boleh dapat 'saham' sama.....rasanya masa bebudak dulu sudah ada 'pilihanraya' (kan lahir zaman selepas merdeka) tak adalah macam sekarang sampai habis dalam kain kena dedah....(kalau betul tak apa ,kalau tak jenuhlah mati esok) tu pun kalau yakin dengan hari pembalasan.
Pendek kata buka TV ada, buka suratkhabar ada, buka facebook pun lagilah ada...!!!Di tempat2 umum jangan ceritalah....berbagai2 versi boleh dengar kalau rajin menadah telinga...tapi rasanya masing2 sekarang dah bijak menilai....negara kitakan mengamalkan demokrasi berparlimen....apa susah2 sangat, sampai masa 'pangkah' ajelah....yang menang di kawasan akan jadi Yang Berhormat, masa tu dia mungkin sudah tak kenal kita yang mengundi nih....nama pun politik....
Tapi di sini kita bukan nak sembang pasal pilihanraya, jauh sekali nak berkempem2 niii...memang tak berkemampuan ke arah itu....tak juga setakat angguk2 geleng2....kiranya fahamlah juga apa yang sedang berlaku disekeliling.
Hari ini ramai yang berebut2 untuk berkuasa samada yang berada dalam politik, di tempat kerja, dan mungkin di kawasan perumahan anda sendiri. Mungkin ada yang di luar sana nak jadi Tok Penghulu, Tok Pat, Pengerusi Taman, Pengerusi Masjid atau ahli jawatankuasa bertindak...??? Yang penting mampukah kita memikul tanggungjawab yang di beri???
Sedangkan kucing (jantan) pun nak berkuasa habis satu taman/kampung ajak gaduh , pancut sana pancut sini tanda 'kawasan' punyalah nak jadi 'taikO'....
Agak2 kita manusia yang berakal ni JANGAN lah sampai macam tu, tabur janji mengunung2 tingginya, sampai masa ....habuk (tupun kalau sempat berhabuklah)...ibarat cakap budak2 sekarang....yang adO!!!
kita ni dh*neuted mana ada tanda2 kawasan....undi kan 'rahsia'....
Membebel panjang pulak hari ni...sesekali berubah topik bagus juga....apapun yang penting kalau cakap banyak2 tapi belum daftar mengundi ...macamana tuuu....???
Tak apalah..... panjang umur 5 tahun lagi kalau sempat bolehlah mengUNDI.....
Sama2 kita doakan agar bumi tercinta ni terus kekal 'makmur dan sejahtera'....mudah cari makan dan malam tidurnya lena (harapan kebanyakan orang kecil di luar sini).
Seperti biasa bila sampai hujung minggu pada kami yang kerja dari pagi sampai malam 7 hari seminggu ni akan cuba meluangkan masa sebaik mungkin melakukan aktiviti bersama2.,..mungkin sekadar makan2 atau bersiar2....lagipun nak ke mana lagi kalau bukan di sini...nak ke pusat membeli belah, tutup, kalau nak ke tempat lain, jauh....kelihatan seperti tiada pilihan tapi kami semua menyukainya....di sini ada pantai, ada bazar yang menawarkan harga yang berpatutan, tempat riadah pada yang bawa anak2 kecil, ada tempat makan sehingga lewat pagi dan yang penting tempat ni hidup, tak sunyi dari dikunjungi orangramai....kalau tempat yang sunyi takut pulak....(bukan takut hantu tapi takut orang). Masa sekarang dah tak sama seperti dulu... dalam segala keadaan mesti sentiasa berhati2 dan berwaspada.
12.00mlm : Permandangan persisiran pantai Teluk Chempedak.
Antara gerai2 yang terdapat di sini.
(Foto Ihsan : Inche Nescafe).
Semasa bersiar2 sempat juga belikan 2 rantai manik ni untuk 'Chinta Hati' kami si aBun dan ShirO (hanya tidak utk Opec sebab baru sahaja belikan yang baru)......
dan
pada masa yang sama Inche Nescafe sedang meraikan ulangtahun kelahiran yang ke**
"Usia adalah pemberian dan hayat adalah untuk dihargai".....semoga tahun ni lebih successful dalam karier dan kehidupan.
Hari pertama sepetang di bulan Februari ...cuaca baik sepanjang hari membuka peluang ShirO untuk di bawa bersiar2. Bukan ShirO tak pernah dibawa bersiar tapi hari ini agak istimewa sebab kehadiran 'Pro Photographer' AAM yang juga kenalan kami sekeluarga.
Bukan lah officer sangat tapi ianya agak menarik kerana melibatkan photoshoot di tempat terbuka....kerana sebelum ni ShirO pernah di bawa ke tempat umum jadi tentu ShirO juga ok hari ini...tempat yang dipilih pun tentulah bukan tempat yang menjadi tumpuan orangramai....
Tahukah APA yang terjadi?
Mula2 memang ShirO ok tapi dalam beberapa langkah selepas turun dari kereta...ShirO mula kelam kabut...berkemungkinan terkejut akan sesuatu ...baik bunyi yang mengejutkan mahupun bau yang mengancam (spt kehadiran haiwan lain). Memandang ianya kawasan tasik bimbang juga akan kehadiran si biawak hidup (kecik xpe buat yang besar mahu di ngapnye si bulus). Boleh lihat kelibat reptilia yang tak di undang ni berhampiran dengan gerai2 di situ....dah lah tak takut akan kewujudan manusia disekeliling...selamba jer sambil terjelir2 lidah....huhu...ngeriiiiiiii....
Dalam kalut tu sempatlaa photographer AAM merakam beberapa foto yang menarik...tapi yang nak dikongsikan di sini,1 candid si photographer (dari lensa daddy) ketika nak shoot si bulus niii ....bukan senang tau, smpai tergolek2 di buatnya.....(mungkin kalau x terganggu tadi ianye lebih mudah).
ShirO : ada bau kOmodO ni daddy....tatutttt.....!!!!