Kucing pula bukan semua perangainya sama, ada yang tak kisah dengan air....masuk bilik air,jirus , syampukan terus bilas dan akhir sekali keringkan dengan tuala bersih. Diam aje sampai siap tapi tak kurang juga yang ber'joget lambak' belum campur mengiaw sakan.....yang ni berkemungkinan susur galur kambing,sebab takut air!!!Silap2 adalah tragedi berdarah dalam bilik air, jadi mesti berjaga2 semasa mandikan mereka2 ni. Elok kalau berdua, sorang pegang sorang tukang jirus.
Kenapa perlu mandikan kucing dan berapa kerap? Mandi untuk menghilangkan bau dan pasir yang terperangkap pada bulu agar kebersihan mereka terjaga. Kekerapan pula terpulang dengan gaya hidup mereka. Kalau yang terlepas ikut suka redah tu perlulah lebih kerap tapi kalau yang jenis vvip (24jam dalam case) tu sebulan sekali pun dah cukup.
Selain dari itu faktor bulu pun di ambil kira, kalau yang pendek tu senang memadai sekali sebulan tapi kalau 'si manja' di rumah tu rambut panjang atau tak ubah seperti mop lantai eloklah di mandi setiap 2 minggu.
sessi mandi - dalam kenangan di teratak
Harus di ingat JANGAN gunakan 'hair dryer' untuk keringkan mereka2 nii....boleh stress (doktor veterinar yang cakap) tapi masih boleh gunakan kipas angin atau jemurkan mereka ni sekiranya 'si manja' anda bukan yang jenis suka mengeringkan bulu dengan cara mereka tersendiri (guling2 atas pasir)....mau bersilat pulak si tukang mandi!!!Mandi sudah, kering pun sudah...apa lagi, sikat laaa....masa untuk bermanja2 dengan si manja anda.
Nota: Kalau anda mandi maka ingatlah si manja anda pun nak mandi.....(^v^) baru dua2 wangiiiiiiii....
antara syampu dan sikat kucing yang ada di pasaran
No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.