Sebenarnya kami sekeluarga sudah lama berhenti memelihara kucing ni.. Last rasanya semasa kami sekeluarga tinggal di Kanpung Jawa, Kuantan.. Masa Dilla kecik-kecik lagi sebab masa tu kucing suka ikut kaki dia balik rumah.. Lepas tu ada permintaan dia maka kami sekeluarga pun memeliharalah kucing yang datang ke rumah kami..
Kemudian.. Agak lama juga selepas kami berpindah dan kucing pun entah kemana kami berhenti menjaga haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni..
Setelah kami berpindah ke Sungai Isap Perdana Kuantan.. Kami ada memelihara dua ekor kucing.. Seekor bulu kembang berwarna hitam kami namakan Bulat dan seekor kucing siam berwarna putih kami namakan teh..
Sayangnya.. Kucing kami Bulat telah dicuri orang haaa.. Jiran terdekat pula tu.. Disebabkan kami ni baik.. Maka kami pun pasrah.. Heeee.. Teh pula semakin membesar dan tidak lekat rumah..
Maka semasa kami ingin berhijrah ke Permatang Badak.. Kami tidak membawa Teh bersama.. Tambahan pula Dilla semakin alahan..
Maka berhentilah kami memelihara kucing ni..
Tapi.. Pada tahun 2008.. Semasa pulang ke kampung.. Kami ditemukan dengan anak-anak kucing yang sangat meruntun jiwa di rumah mak mentua di Jerantut, Pahang.. Atas desakan Dilla dan Aiman yang bersungguh nak pelihara anak-anak kucing berkenaan.. Makanya kami pun membawa pulang ke Kuantan..
Dari Kiri : Jerry aka Kubing, King dan Minnie
Dengan mak-mak dia kami bawa balik bersama.. Kerana si kecik masih menyusu.. Tak baik pula kami pisahkan mereka..
Setelah si kecik putus menyusu kami kembalikan semula maknya ke kampung kami.. Heeeeee
Maka di situlah bermulanya kembali kisah pemeliharaan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW hinggalah sekarang..
Will be continue later ok!
No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.