Kesinambungan semalam adik Opec dari kelahiran kedua baby Nine....di perkenalkan ABun...panggilan manja tapi dikenali juga sebagai ABun Cit (kerana semenjak dua menjak ni perut ABun agak boroi) akibat kurang bersenam dan terlebih makan agaknya....
Lahir pada 14Jun 2010 bersama 2 yang lain di permatang hippO....putih dan hitam warna rasmi....Pahang Ori....Antara ramai2 yang pernah di pelihara, ABun lah yang sering buat hati kami mengelegak....apa tak nya, macamana kenyang sekali pun, pantang lepa ikan / ayam / daging dan sekaumnya , samada yang belum masak atau sudah, dalam tupperware mahupun tudung saji...pandai jer si ABun ni menjalankan misi menceroboh....mujur freeze dia tak pandai buka....kalau pandai juga alamatnya kena bermangga lah pulak.

ibu jangan lah marah kita
Percaya atau tidak ABun kucing yang boleh buang bOm aka kentut bahasa mudahnya....kecoh jadinya bila Abun buang angin songsang dia tuu....mula2 kami sekeluarga pun tak perasan juga, siap bergaduh sama sendiri lagi saling tuduh menuduh tapi bila dh siap dengan pakej bunyi sekali maka tak syak lagi memang angkara si ABun....!!!
dah kenyang best dapat tidor
No comments:
Post a Comment
Thank You in advanced for dropping up your comment here.